Istana Johor tidak diganggu tentera Jepun

single-image

FAKTA RINGKAS

Semasa Perang Dunia kedua pada tahun 1941, Tentera Jepun telah membinasakan hampir semua kepentingan British termasuk bangunan kerajaan, kediaman kerabat Diraja dan rumah pembesar.

Ketika itu, mereka tiba ke Johor Bahru dalam serangan ke Singapura bagi melengkapkan penguasaan ke seluruh Tanah Melayu.

Namun disebalik serangan itu, tentera Jepun yang diketuai oleh Panglima Tentera daratnya, Leftenan Jeneral Tomayuki Yamashita tidak menceroboh istana-istana di Johor.

Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Ibrahim yang sedang bersemayam di Istana Pasir Pelangi menunjukkan bintang kebesaran Maharaja Jepun kepada Yamashita.

Bintang kebesaran ‘Imperial Order of the Rising Sun’ dikurniakan kepada Almarhum Sultan Sir Ibrahim sewaktu Baginda mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 1920-an.

Panglima Tentera Jepun itu kemudian tunduk hormat lalu berundur serta tidak menceroboh istana Johor.

Leftenan Jeneral Yamashita memohon perkenan Sultan Ibrahim untuk menjadikan Istana Bukit Serene sebagai markas utama dan menara air digunakan untuk memerhatikan tentera British dan Australia di Singapura.

Walaupun Istana Bukit Serene dikatakan sasaran yang mudah untuk diserang, namun Leftenan Jeneral Yamashita yakin British tidak akan menyerang istana Sultan Johor dan sangkaan beliau tepat.

Leftenan Jeneral Yamashita mengatur perlindungan Sultan Ibrahim dan keluarga di Batu Pahat selama dua minggu untuk keselamatan Baginda.

Terus Follow @warisanjohor
Sila share posting ni

Terima kasih

Sumber :


theroyaljohor
#royalpressoffice

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.