iPhone Xs dan iPhone Xs MAX diperkenalkan: Paparan 6.5 inci, ketahanan air IP68 dan banyak lagi

single-image

Model iPhone terbaru telah dilancarkan oleh Apple di acara yang berlangsung di ibu pejabatnya di Amerika Syarikat. Model yang dikenali sebagai iPhone Xs dan iPhone Xs MAX dilengkapi dengan paparan OLED Super Retina 5.8-inci manakala iPhone Xs MAX dilengkapi dengan paparan OLED Super Retina 6.5-inci dan mempunyai resolusi 2436 x 1125 dan 2688 x 1242. Kedua-duanya peranti dikuasakan dengan cip 7nm A12 Bionic yang baru serta disokong Dolby Vision dan HDR10.

Walaupun kedua-dua telefon mempunyai kamera belakang yang hampir sama seperti iPhone X, Apple di dalam kenyataannya mengatakan bahawa kamera pada model terbaru ini dilengkapi dengan sensor baru dan saiz piksel yang lebih besar dan dua kali lebih pantas berbanding iPhone X.

Kedua-dua model turut dilengkapi dengan ciri baru yang dikenali sebagai Depth Control yang membolehkan pengguna untuk menyesuaikan semula lingkungan ketajaman gambar yang telah ditangkap. Ciri yang sama turut boleh digunakan kamera hadapan yang mempunyai kemampuan 7 MP f / 2.2 TrueDepth.

Kedua-dua telefon juga mempunyai ketahanan air yang lebih tinggi berbanding iPhone X iaitu pada IP68. Apple turut mendakwa bahawa bateri iPhone Xs cukup besar untuk bertahan sehingga 20 jam masa bercakap dan 12 jam penggunaan Internet manakala iPhone Xs Max mampu bertahan lebih lama iaitu 25 jam bagi masa bercakap dan 13 jam bagi penggunaan internet.

Di Amerika Syarikat, kedua-dua model dapat dibeli di secara tempahan awal bermula 14 September sebelum mula dipasarkan secara meluas pada 21 September 2018. iPhone Xs akan di jual pada harga USD 999 (kira-kira RM 4136) bagi model terendah 64GB, USD 1149 (kira-kira RM 4757) bagi varian 256GB dan USD 1348 (kira-kira RM 5585) bagi varian 512GB. Manakala bagi model iPhone Xs MAX, harga bermula pada USD 1099 (kira-kira RM 4550) bagi varian 64GB, USD 1249 (kira-kira RM 5171) bagi varian 246GB dan USD 1449 (kira-kira RM 5999) bagi varian 512GB.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.