Insiden pencemaran bahan kimia : kerajaan negeri perlu bertindak lebih efisyen

single-image

KENYATAAN MEDIA DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT
MANTAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

Sehingga jam 4 petang 12 Mac 2019 dilaporkan seramai lebih 266 pelajar dan murid serta kakitangan dari beberapa sekolah telah menerima rawatan di Hospital Sultan Islam manakala 42 lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Setelah semalam sebanyak 13 sekolah dilaporkan ditutup. Hari ini jumlah itu bertambah lagi. Beberapa lagi sekolah yang mengambil inisiatif untuk menutup sekolah berikutan insiden ini antaranya SK Taman Bukit Dahlia, SK Pasir Gudang 4, SMK Dato’ Penggawa Timur, SK Taman Rinting, SMK Taman Rinting dan beberapa sekolah berdekatan.

Kejadian pencemaran bahan kimia tersebut turut mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan kemurkaan baginda akan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa kimia ke Sungai Kim Kim dan mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Johor dilihat lambat memberikan arahan dan respon terhadap bencana ini menunjukkan sikap acuh tidak acuh kerajaan terhadap nyawa rakyat Johor. Penutupan beberapa sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor juga dilihat lambat diputuskan oleh kerajaan negeri. Ianya sesuatu yang sangat menggusarkan kita semua.

Justeru, saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat menutup sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang tanpa menunggu bencana ini dari melarat dan merebak ke sekolah-sekolah lain. Kerajaan negeri harus peka terhadap perkara ini dan mengambil keputusan segera agar nyawa anak-anak kita terutamanya dan warga pendidik dapat terjaga.

Kawasan terlibat dengan pencemaran perlu dibersihkan segera. Tindakan pantas yang perlu diambil ini akan dapat menyelamatkan banyak nyawa di daerah Pasir Gudang ini. Pihak berkusa perlu selidik jenis dan bahan tercemar dan disesuaikan tindakan keras yang patut dilakukan.

Pelajar tadika/taska, sekolah kebangsan dan peringkat menengah kurang daya tahan dan perlu dipindah/dikeluarkan dengan kadar segera buat sementara waktu.

Saya berharp agar tindakan konkrit dapat dibuat selepas YAB Menteri Besar menikmati Jamuan Makan di Menara Aqabah.

13 MAC 2019

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.