Insiden di Pengerang : MB Johor ucap takziah kepada keluarga mangsa

single-image

KENYATAAN MEDIA DATUK Ir. HASNI MOHAMMAD YAB MENTERI BESAR JOHOR

INSIDEN KEBAKARAN DI KOMPLEKS BERSEPADU PENAPISAN MINYAK DAN PETROKIMIA (RAPID), PENGERANG, JOHOR

1. Saya mewakili sekalian rakyat Johor ingin merakamkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada mangsa keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran diesel hydrotreater unit di Pengerang pada 10:50 malam, Ahad.

2. Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang adalah projek usaha sama di antara PETRONAS dan Saudi Aramco. Meskipun begitu, PETRONAS mengambil inisiatif untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas tragedi ini.

3. Saya telah diberikan taklimat oleh PETRONAS bahawa keadaan di RAPID Pengerang sekarang adalah terkawal.

4. Begitu juga dengan YAB Perdana Menteri, beliau telah diberi maklum terhadap keadaan terkini di RAPID Pengerang.

5. Saya yakin bahawa PETRONAS, sebagai sebuah syarikat multi-nasional yang disegani ramai telah mengambil langkah yang seharusnya bagi mengawal insiden ini.

6. Terdapat tujuh orang mangsa yang terlibat. Seorang mangsa telah berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang sedang menjalani rawatan di hospital berdekatan. Namun begitu, lima orang telah terkorban dalam insiden ini.

7. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak berwajib atas respons yang cepat dan cekap dalam menangani tragedi ini.

16 Mac 2020

-TAMAT-

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.