Insentif khas bagi sektor pelancongan di Johor

single-image

KENYATAAN MEDIA

INSENTIF DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI IHSAN NEGERI JOHOR 2020 BAGI SEKTOR PELANCONGAN

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Makmur Johor.

  1. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, penularan wabak COVID-19, telah mengakibatkan penutupan sempadan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020. Ini menyebabkan sektor pelancongan lumpuh pada skala global. Secara langsung juga, penularan wabak ini telah memberi impak yang negatif terhadap sektor pelancongan serta penggiat industri pelancongan di Malaysia dan negeri Johor khususnya.
  2. Kerajaan Negeri Johor sedar bahawa penggiat industri pelancongan begitu terkesan dengan pembatalan tempahan hotel serta pakej-pakej pelancongan, akibat daripada penurunan jumlah ketibaan pelancong asing dan domestik.
  3. Pengusaha premis penginapan seperti hotel dan inap desa (homestay), syarikat dan ejen pelancongan, pemandu pelancong, pemilik produk pelancongan serta industri sokongan lain kini turut mengalami kesukaran, terutamanya dalam memastikan pusingan aliran tunai mereka kekal terjamin.
  4. Bukan itu sahaja, pendapatan bulanan bagi mereka yang bekerja secara freelance juga turut terjejas. Ini dikeruhkan lagi dengan pembatalan penganjuran acara-acara perniagaan (MICE – Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) – turut memberi impak yang amat negatif kepada sektor pelancongan secara menyeluruh.
  5. Oleh itu, Kerajaan Negeri Johor berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pengumuman beberapa inisiatif serta insentif bagi membantu penggiat industri pelancongan di Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi yang lalu.
  6. Alhamudlillah, pada hari ini, Kerajaan Negeri, melalui portolio Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan ingin mengumumkan insentif di bawah Pakej PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, BELIA & SUKAN NEGERI JOHOR ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
    KOTA ISKANDAR, 79555 ISKANDAR PUTERI, JOHOR
    Tel:072666028 Fax:072661187

Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor bagi meringankan beban yang dihadapi oleh industri pelancongan Negeri Johor.

  1. Insentif yang diumumkan ini adalah khusus untuk sektor pelancongan yang amat terkesan di Negeri Johor.

    Antaranya adalah:
    a) Pemberian insentif one-off RM1,000 kepada 936 pemandu pelancong berlesen yang menetap di Johor. Bantuan ini melibatkan peruntukan anggaran sebanyak RM936,000,
    b)  Pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel bagi tahun 2020. Insentif ini melibatkan jumlah anggaran sebanyak RM894,211 yang memberi manfaat kepada 1,031 pemegang lesen perniagaan,
    c) Pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga bagi tahun 2020. Pengecualian bayaran ini dianggarkan berjumlah RM3 juta.
  2. Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Jawatan kuasa Pelancongan ,Belia dan Sukan masih dalam proses merangka strategi jangka pendek dan panjang bagi memulihkan serta mengembalikan daya saing industri pelancongan Negeri Johor pasca COVID-19.
  3. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad atas keprihatinan yang mendalam kepada industri pelancongan dan sektor hilirannya yang amat terkesan akibat COVID- 19.
  4. 10.Diharapkan agar segala insentif yang telah diumumkan tadi akan membantu penggiat industri pelancongan, serta mampu meningkatkan semula pencapaian sektor pelancongan dan sektor perkhidmatan di Negeri Johor kelak.
  5. 11.Untuk makluman lanjut mengenai insentif berkenaan dan perkembangan mutakhir sektor pelancongan Negeri Johor, sila kunjungi laman Facebook Tourism Johor.

21 Mei 2020

-TAMAT-

Leave a Comment

Your email address will not be published.