Inisiatif Ihsan Johor

single-image

Kenyataan Media

YAB Datuk Ir. Hasni Mohammad

Menteri Besar Johor

1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat Pagi kepada semua rakyat Johor.

2. Saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Pada pagi ini saya ingin memaklumkan kepada saudara-saudari, berkenaan beberapa perkara yang amat berkait dengan kepentingan kita semua.

3. Hari ini sudah memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya berharap semua dapat akur dan patuh kepada segala larangan, sekatan dan penutupan premis yang telah diperincikan dalam perintah tersebut.

4. Kerajaan Negeri juga sedar akan implikasi ekonomi yang dirasai oleh kebanyakan rakyat Johor. Kerajaan Negeri juga faham bahawa Perintah Kawalan Pergerakan ini telah sedikit sebanyak meminimakan rutin hidup sehari-hari kita semua.

5. Seperti contoh pekebun kecil, peniaga pasar malam dan pekerja di sektor awam dan swasta. Samada di skala sederhana atau besar, anak-anak serta ibu-bapa kita – semua lapisan masyarakat sedang menerima kesannya.

6. Atas kesedaran itu, Kerajaan Negeri Johor ingin mengumumkan beberapa inisiatif yang boleh meringankan impak ekonomi yang dialami semua pihak. Inisiatif ini adalah “Inisiatif Ihsan Johor”. Antaranya adalah:

7. Sehingga 19 Mac, Johor mencatatkan sebanyak 89 orang positif COVID-19 di Negeri Johor. Pada pagi tadi, angka tersebut telah meningkat kepada 110 orang.

8.Oleh yang demikian, dalam atas dasar keprihatinan dan kebertanggungjawaban, Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan one off berjumlah RM 1,000 kepada semua pesakit yang positif COVID-19 di Negeri Johor.

9. Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memberikan peruntukan secara one off k​ epada semua lima puluh enam (56) Ahli Yang Berhormat DUN termasuk Yang Berhormat wakil rakyat dari Pembangkang sebanyak RM 20,000.

10. Sebagai tanda takziah, Kerajaan Negeri akan menyampaikan pemberian sebanyak RM 2,000 kepada setiap keluarga waris mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19.

11. Pada masa yang sama, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memberi bantuan segera bagi kategori asnaf, fakir dan miskin yang terkesan dengan COVID-19.

12. Kerajaan Negeri akan memberi insentif pengecualian bayaran sewa premis bermula pada bulan April hingga Disember 2020 kepada golongan peniaga seperti berikut:

● PeniagayangmenyewapremismilikPihakBerkuasaTempatan (PBT) dan pasar awam berjumlah 10,371 peniaga,

● Peniaga-peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Johor yang beroperasi di premis milik Kerajaan Negeri yang

diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Negeri Johor iaitu berjumlah 151 buah.

13. Bagi kakitangan Kerajaan Negeri yang berstatus Pekerja Sambilan Harian (PSH), pula gaji mereka akan dikira sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.

14. Demikian adalah antara inisiatif-inisiatif pro-rakyat. Inisiatif yang penuh tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada semua. Dalam beberapa hari mendatang, Kerajaan Negeri akan mengumumkan beberapa lagi insentif untuk kebaikan semua.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.