Ini negara Malaysia atau negara ‘Mahathir’?

single-image

Sehari dua ini perihal jawatan Perdana Menteri parti Pakatan Harapan masih menjadi sebutan segenap lapisan masyarakat. Isu ini semakin panas selepas pengumuman Tun Mahathir tempoh hari untuk menjadikan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri. 

Ternampak di sini, ia seolah-olah memberi gambaran hanya Tun Mahathir sahaja yang mampu menentukan siapa yang layak dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Apa dalam negara hanya Tun Mahathir sahaja yang boleh menentukan segala hal?

Mengikut rekod sebelum ini, jika seseorang Perdana Menteri ‘pilihan’ Tun Mahathir tidak mendengar atau menurut katanya pasti akan diganggu seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. 

Melihat kepada situasi ini, tahulah kenapa Tun Mahathir menolak dan enggan menerima jawatan Menteri Mentor. Menurutnya jika dirinya menjadi Menteri Mentor nanti tidak ada Perdana Menteri yang akan menerima pandangannya. Jadi inilah salah satu alasan kenapa sehingga ke hari ini Tun Mahathir tidak mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana Tun Matahir tahu Anwar Ibrahim tidak akan mendengar nasihatnya.

Bukan itu sahaja, mengikut sejarah lampau juga siapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri pasti diganggu oleh Tun Mahathir kecuali Tun Abdul Razak. Banyak perbalahan yang berlaku antara Tun Mahathir dengan Perdana Menteri yang terdahulu. Tengoklah apa yang jadi sekarang ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjadi ‘mangsa’ gangguan Tun Mahathir. 

Berdasarkan apa yang berlaku tidak hairanlah kenapa percaturan demi percaturan disusun rapi oleh Tun Mahathir. Ini semua hanya untuk terus kekal berkuasa dan dominan. Menjadikan Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri hanya tipu helah semata-mata untuk menyenangkan laluan Muhkriz Mahathir sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti. 

Persoalannya kini, ini negara Malaysia atau negara ‘Mahathir’ seorang sahaja?

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.