Hujan lebat dijangka di beberapa daerah Johor mulai hari ini sehingga Sabtu – MetMalaysia

single-image

KUALA LUMPUR : Hujan lebat dijangka berlaku di daerah pantai timur dan tengah Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor) mulai hari ini sehingga Sabtu

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan, selain daerah-daerah di Johor hujan lebat dijangka turut melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Hujan lebat itu akan melibatkan kawasan Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang); dan akan berlanjutan hingga Sabtu ini.

Terdahulu Bernama melaorkan hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu, selain seluruh negeri Kelantan mulai Jumaat ini.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga 31 Disember melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan,Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Turut dijangka mengalami hujan lebat hingga 31 Disember ialah Labuan.

Sumber : Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published.