Hassan Karim jangan biadap persoal kuasa Sultan Johor

single-image

Akhir-akhir ini, kemelut politik di Johor semakin panas apabila pemimpin PKR Johor, Hassan Karim tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan pertelangahan di media. 

Terbaru, Hassin Karim telah mengeluarkan satu kenyataan yang kurang sopan dengan menyatakan DYMM Sultan Johor tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rombakan Exco Mesyuarat Kerajaan Negeri susulan perletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Johor pada minggu lalu ini. 

Kenyataan ini dikeluarkan sebaik sahaja, DYMM Sultan Johor menetapkan syarat kepada Menteri Besar yang baharu bakal dilantik hari ini supaya merombak semula Ahli Mesyuarat Negeri Johor. 

Mengulas kenyataan Hassan Karim, beliau memaklumkan tanggungjawab merombak ahli mesyuarat adalah di bawah kuasa Pakatan Harapan bukan DYMM Sultan Johor. Ini kerana katanya DUN dipilih oleh rakyat Johor dan kuasa untuk menentukan exco kerajaan negeri Johor ini adalah kuasa parti yang menang.

Jadi melihat daripada kenyataan ini, saya sebagai rakyat Johor mengecam sekeras-kerasnya kata-kata kurang sopan yang dilontarkan oleh Hassan Karim kepada DYMM Sultan Johor. Jangan biadap sangat mempersoal kuasa DYMM Sultan Johor. Apa haknya untuk mempersoalkan setiap tindakan Sultan Johor? 

Kadang-kadang agak sukar untuk saya memahami pemikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan lebih-lebih lagi seperti Hassan Karim ini. Beliau seolah-olah tidak tahu tentang adab dan tatasusila bangsa apabila berhadapan dengan DYMM Sultan Johor. Pelik, bagaimana mereka boleh mentadbir negara jika mempunyai sikap seperti kebudak-budakan ini?

Hassan Karim perlu sedar apa sahaja yang berkaitan dengan negeri Johor dan rakyat Johor, DYMM Sultan Johor berhak bersuara dan menegur. Oleh kerana itu, Hassan Karim sama sekali tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan yang ingin mempersoalkan kuasa DYMM Sultan Johor. 

Nasihat saya, sebelum sibuk ingin mengajar DYMM Sultan Johor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, Sebaiknya, Hassan Karim laksanakan dahulu tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang. Pergi turun ke kawasan dan bekerja untuk rakyat, jangan sibuk asyik hendak keluarkan kenyataan sahaja tetapi rakyat di kawasan sendiri terabai.

Nilai kembali berapa kerap Hassan Karim balik ke kawasan dan ambil tahu tentang masalah rakyatnya di sana? Jika kita lihat ketika berlakunya bencana di Sungai Kim Kim pada bulan lalu, berapa kali sahaja Hassan Karim turun melawat rakyat dan kawasan Pasir Gudang. Malah berapa banyak bantuan yang Hassan Karim telah salurkan kepada mangsa bencana pencemaran di Sungai Kim Kim?

Persoalannya kalau turun ke kawasan pun jarang-jarang sahaja, jadi layakkah Hassan Karim ini hendak ajar DYMM Sultan Johor tentang apa yang baik untuk rakyat Johor?

Sekian.

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Artikel berkaitan Hassan Karim

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.