Hasni takut dengan anak muda?

single-image

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda Amanah Johor, Asim Abdullah yang berkata Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Muhammad dilihat bimbang dengan kebangkitan golongan muda di negeri ini.

Sudah pasti kenyataan ini dikeluarkan saja untuk memanaskan situasi yang sebenarnya tidak ada yang perlu diperbesarkan. Persoalannya untuk apa Datuk Hasni bimbang mengenai kebangkitan golongan muda di negeri ini? Datuk hasni tidak pernah takut mahupun gentar dengan anak muda, sebaliknya sering kali beliau mengajak anak muda untuk bangkit menyuarakan pendapat mereka.

Soal kenyataan Datuk Hasni Muhammad sebelum ini, ia semata-mata hanya untuk memupuk kesedaran dan nasihat kepada orang muda bahawa orang muda dan orang lama perlu bersama-sama untuk membentuk perpaduan.

Lihat sahaja, semasa PRU yang lalu orang muda sudahpun menunjukkan kebangkitan mereka dengan memilih Pakatan Harapan. Ya ketika itu semua pihak akur bahawa Pakatan Harapan berjaya merampas tampuk pemerintahan. Tetapi sayang, apa yang diharapkan anak muda khususnya di Johor tidak kesampaian.

Selama Pakatan Harapan Johor mengambil alih tampuk pemerintahan selama 22 bulan apa sahaja yang mereka lakukan untuk anak muda? Tiada!

Tetapi lihatlah apa yang dilakukan Datuk Hasni Muhammad semasa berada di blok pembangkang. Beliau tidak pernah putus asa dan terus memartabatkan golongan muda khususnya di Johor. Walaupun kita sedia maklum UMNO sudah mempunyai sayap Pemuda dan Puteri yang mewakili golongan orang muda. Tetapi beliau tetapi mengambil Langkah proaktif mewujudkan pelbagai lagi platform untuk anak muda.

Sebagai contoh usaha yang dilakukan oleh Datuk Hasni Muhammad adalah dengan mewujudkan Dewan Muda Johor (DMJ) dan MENTARI. Malah kedua-dua program ini masih aktiviti hingga ke hari ini.

DMJ adalah sebuah platform bagi anak muda menyuarakan dan mengetengahkan idea-idea mereka serta menyalurkan kritikan yang membina terhadap pentadbiran negeri dan negara. Dan MENTARI pula terbuka kepada remaja seawal umur 16 tahun. Dalam pada itu, DMJ juga berfungsi sebagai menzahir dan memupuk minat anak-anak muda dalam bidang politik demi menyambang legasi pada masa hadapan.

Jadi perkara pertepatan dengan seruan Datuk Hasni Muhammad bahawa orang muda dan orang lama perlu bersama-sama untuk membentuk perpaduan bukannya berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka.

Malah diharapkan perkara ini juga cukup menjawab kenyataan saudara Asim Abdullah bahawa Datuk Hasni Muhammad tidak pernah mengambil langkah autokratik untuk menyekat suara mana-mana pihak khususnya orang muda di negeri ini.

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.