Hasni dijangka menghadap Sultan Johor petang ini

single-image

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Hasni Mohammad, dijangka menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi, petang ini.

Hasni ketika dihubungi BH mengesahkan akan menghadap Sultan Ibrahim.

“Ya… saya akan menghadap Sultan dan masa yang diberikan kepada saya adalah pada jam 5.30 petang di Istana Pasir Pelangi.

“Tiada apa pun (agenda) pertemuan esok cuma kami mahu menyuarakan pendirian dan ketegasan UMNO untuk terus menjaga kedaulatan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled ketika dihubungi BH, mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan Hasni bersama Sultan Ibrahim.

“Saya tidak hadir. Mungkin dia (Hasni) akan pergi menghadap (Sultan Ibrahim), saya hari ini akan ke Rantau,” katanya.

Sultan Ibrahim dijangka pulang ke Johor hari ini, selepas bercuti sejak minggu lalu di Asia Barat.

Keberangkatan pulang Sultan Ibrahim dijangka dapat meleraikan persoalan kemelut kekosongan jawatan Menteri Besar selepas Datuk Osman Sapian dilaporkan melepaskan jawatannya, Isnin lalu.

 

Sumber : Berita Harian

 

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.