Hasil Johor dijangka berkurangan 20 peratus

single-image

JOHOR BAHRU : Hasil Kerajaan Negeri dijangka berkurangan sehingga 20 peratus kerana pelbagai pelepasan yang diberikan kepada beberapa sektor yang terkesan akibat pandemik COVID-19. 

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, antara pelepasan itu termasuk pemberian rebat cukai tanah. 

“Baru-baru ini saya telah mengumumkan pemberian rebat terhadap pembayaran cukai tanah. Bagi tahun 2020, rebat sebanyak 15 peratus diberi, manakala bagi tahun 2021, 10 peratus dan 2022, 5 peratus. 

“Inisiatif itu sahaja akan mengurangkan kutipan cukai Kerajaan Negeri lebih RM250 juta. Tetapi langkah ini perlu dilakukan bagi membolehkan sektor yang menyumbang kepada ekonomi negeri untuk terus kekal beroperasi,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidangan Sains Tanah Malaysia di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Datuk Dr. Marzalina Mansor dan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia, Dr. Rosazlin Abdullah.

Sumber : Makmur Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published.