Harga siling pelitup muka kini RM1.20

single-image

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling bagi pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit berkuatkuasa 15 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata harga siling disemak selepas pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Beliau berkata, bekalan untuk pelitup muka juga mencukupi untuk menampung permintaan pengguna.

“Tiada masalah membabitkan isu bekalan. Ia boleh dibeli secara dalam talian,” katanya di Dewan Rakyat.

Mac lalu, kerajaan mengumumkan harga siling baharu bagi pelitup muka pada RM1.50 seunit bermula 1 April.

Sejak akhir-akhir ini, kes Covid-19 meningkat kepada 2 digit dengan 21 kluster baru dikenalpasti, meningkatkan keresahan terhadap wujudnya gelombang kedua seperti yang berlaku di Hong Kong.

Sumber : Freemalaysiatoday.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.