Hanya tinggal 36 PPS di Johor

single-image

Johor Bahru: Keadaan banjir di Johor bertambah baik apabila tinggal 36 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah, setakat jam 7 malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah mangsa banjir di negeri ini turut menunjukkan penurunan 4,116 orang daripada 1,036 keluarga.

Katanya, Pontian juga sudah pulih yang mana tiada PPS dibuka, selain mangsa sudah pulang ke kediaman masing-masing.

“Empat PPS di tiga daerah yang tutup membabitkan Surau Risda Batu 18, di Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Markom, di Pontian, selain SK Air Papan dan SK Tenglu, di Mersing.

“Bagaimanapun, sehingga kini, Kota Tinggi dan Kluang masih kekal sebagai dua daerah paling terjejas dengan 3,563 mangsa yang ditempatkan 25 PPS.

“Kota Tinggi merekodkan penurunan jumlah mangsa iaitu 2,314 orang daripada 579 keluarga di 18 PPS, manakala Kluang turut merekodkan penurunan kepada 1,249 orang daripada 307 keluarga di tujuh PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, Mersing menurun kepada 316 orang daripada 80 keluarga di empat PPS, begitu juga Johor Bahru yang menunjukkan jumlah sama iaitu 72 mangsa daripada 24 keluarga di sebuah PPS.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.