Hadiah istimewa dari PH buat penjawat awam

single-image

KENYATAAN MEDIA

  1. Saya amat tertarik dengan kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah yang memaklumkan bahawa skim pencen mungkin tiada lagi menjelang tahun 2020.
  2. Pada masa rakyat menantikan khabar gembira sempen tahun 2020 yang menjadi aspirasi kepada wawasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, namun negara dikejutkan dengan kemungkinan tiada lagi skim pencen bagi mereka yang bergelar penjawat awam.
  3. Kenyataan ini walaupun belum pasti, namun ia amat menyedihkan. Kerajaan yang sepatutnya membela nasib rakyat, nampaknya tidak berupaya lagi untuk berbuat demikian.
  4. Alasannya, penghapusan skim pencen membolehkan kerajaan melakukan penjimatan sebanyak RM5 bilion setahun.
  5. Persoalannya, apakah menteri yang diberi mandat oleh rakyat menerima gaji puluhan ribu tidak berupaya menjana pendapatan bagi menampung kos berkenaan. Ia sekali gus memberi gambaran betapa lemah pentabiran Putrajaya hari ini dan tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mengurus perkara sebegitu.
  6. Kerajaan PH yang dikuasai DAP sememangnya cukup lemah dan gagal menarik pelaburan serta meningkatkan pendapatan negara. Janji populis untuk menghapuskan GST saja menyebabkan kerajaan hilang pendapatan berbilion ringgit dan gagal diganti dengan sumber baharu.
  7. Sebagai menyahut seruan ini, apa kata jika Datuk Seri Borhan dan menteri yang bergaji puluhan ribu terlebih dulu mempraktikkannya dengan meninggalkan apa yang dinikmati kini kepada skim kontrak yang akan dipraktikkan.
  8. Ini adalah satu lagi hadiah kerajaan PH kepada rakyat selepas berjaya menumbangkan BN pada PRU14 lalu. Tahniah.

MOHD HAIRI MAD SHAH
Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor Merangkap Ketua Pemuda Bahagian Johor Bahru

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.