Gig Ekonomi : Antara Pembelaan Nasional dan Wayang Politik

single-image

Walaupun Gig Ekonomi masih agak baru di Malaysia, namun menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), jumlah freelancer yang ‘cari makan’ dalam sektor ini sudah mencecah hampir 1.7 juta orang. Ini termasuklah pemandu e-hailing dan penghantar makanan.

Justeru, sudah tiba masanya Kerajaan mewujudkan polisi yang bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kepada pekerja tetapi juga tidak membebankan majikan. Dalam erti kata lain, win-win situation.

Polisi ini perlu mula diperhalusi bersama oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan & KPDNKK seterusnya dipraktikkan segera. Kelewatan mewujudkan polisi ini bakal menimbulkan lebih banyak kecelaruan dan akhirnya paling ramai menjadi mangsa ialah para pekerja. Cukuplah satu isu FoodPanda.

Kerajaan boleh ambil contoh negara luar. California Assembly Bill 5 misalnya, menjadikan ‘independent contractor (freelancer) into full employee’ untuk beri perlindungan kepada pekerja. Malaysia boleh tambah baik polisi ini mengikut keperluan di Malaysia. Sebagai permulaan, wajibkan ada caruman KWSP dan insurans untuk para pekerja.

Pendekatan serius dan matang seperti inilah yang perlu diambil Kerajaan. Bukannya sekadar melakukan “political stunt”. Sekiranya Menteri jumpa terus pekerja, stunt tu akan beri tanggapan negatif kepada majikan di luar sana yang mana Kerajaan suka campur tangan dalam hal perniagaan secara langsung.

Kita bimbang, selepas ini banyak syarikat tidak lagi berminat beroperasi di Malaysia. Keadaan tersebut bakal merugikan kita sendiri, sedangkan e-ekonomi merupakan salah satu cabang untuk libatkan lebih ramai anak muda menambah pendapatan melalui IR4.0.

Kesimpulannya, sebagai anak muda, saya menggesa pembelaan bersifat nasional ini dilaksanakan segera oleh pihak Kerajaan demi kebaikan semua pihak.

Hafiz Ariffin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.