Gesa siasatan PDRM, SPRM terhadap penukaran kenyataan kematian Marini Kasman

single-image

PENJAJA makanan, A. Bakar Abdul Rahman yang sebelum ini mengaitkan kematian isterinya, Marini Kasman dengan insiden pencemaran di Pasir Gudang bertukar kenyataan yang dibuatnya sebelum itu.

A. Bakar membuat pengakuan itu selepas dipanggil oleh pihak polis memberi keterangan susulan penyebaran maklumat mengenai kematian isterinya di media sosial yang dikaitkan dengan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Sebelum itu, beliau telah ditanya mengenai hal tersebut ketika ditemuramah bersama agensi berita yang memetik kenyataannya mempersoalkan kualiti udara akibat pencemaran tersebut, A. Bakar berkata, dia mungkin tersalah cakap. Rakaman temuramah tersebut juga telah disiarkan sebagai berita untuk makluman umum.

Beliau selepas itu memohon maaf serta menukar pengakuannya dengan memberikan penjelasan bahawa beliau masih sedih dan keliru, serta tidak diberitahu punca sebenar kematian isteri.

Bapa kepada seorang anak itu membuat laporan polis sambil ditemani oleh beberapa individu yang tidak didedahkan identitinya berkemungkinan menjadi individu yang mengertaknya menukar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak PDRM dan SPRM untuk melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap perkara ini dan berkemungkinan ada unsur jenayah, peras ugut dan rasuah sehingga mengakibatkan seseorang menukar kenyataan.

Dalam satu temubual dengan sebuah agensi berita pagi semalam juga, A. Bakar mempersoalkan kenyataan serta kecewanya dengan pihak berkuasa mengenai kualiti udara di Pasir Gudang sehingga menyebabkan kematian isterinya.

A. Bakar yang juga bekas pengawal keselamatan turut mendedahkan kewujudan kilang-kilang di Pasir Gudang yang membuang bahan buangan tercemar, namun perkara itu tidak diketahui umum kerana tidak ada kakitangan kilang yang berani membuat pendedahan. Ianya juga boleh dijadikan bukti kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kilang-kilang yang terlibat.

Marini dari Taman Cahaya Masai, Johor meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah. Mangsa yang berusia 38 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah menafikan dakwaan itu sambil menyatakan bahawa mangsa meninggal dunia akibat masalah jantung.

Bagaimanapun, beliau mengakui mangsa mengalami gejala sukar bernafas, demam, dan batuk selama tiga hari sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 5 Julai lalu. Jadi, kematian beliau adalah disebabkan sesak nafas berpunca dari pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang.

Jesteru Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor memandang serius kes ini serta kenyataan darinya dan diharapkan pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan segera.

MOHD HAIRI MAD SHAH
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.