Empat minggu untuk kurangkan kes, kata KP Kesihatan

single-image

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya empat minggu diperlukan bagi mengurangkan bilangan jangkitan Covid-19 di negara ini kepada bawah 1,000 kes baharu sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memadai untuk mengurangkan jangkitan tersebut.

“Pada hemat saya, dalam tempoh dua minggu kita tidak boleh mengurangkan namun boleh mengelakkan kes semakin bertambah,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lengkungan dapat dilandaikan pada Mei depan.


“Selepas PKP, kita laksanakan PKP Bersyarat (PKPB) dan dalam Mei atau Jun, kita dapat melandaikan lengkungan jangkitan tersebut dengan kes dapat dikurangkan lagi sehingga 500 kes setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan PKP bermula Rabu, negara berada dalam landasan yang betul.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published.