Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai

single-image

KULAI ‑ Sebanyak lima spesis kelulut berjaya ditemui menerusi Ekspedisi Kelulut Gunung Pulai anjuran Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor dan Universi Malaysia Terengganu ( UMT).

Ketua Ekspedisi yang juga Dekan Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan UMT, Prof Madya Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata, spesis berkenaan merupakan kelulut liar menjadikan bunga hutan, pokok dan daun sebagai habitat.

Katanya, penemuan spesis kelulut itu menjadi bukti kawasan Gunung Pulai yang dikelilingi daerah yang pesat membangun seperti Johor Bahru dan Kulai, masih menjadi tempat pembiakan bagi lebah kelulut.

“Penemuan spesis lebah kelulut itu cukup berharga khususnya kepada industri penternakan kelulut di negeri Johor,”katanya. Jelasnya, ekspedisi kelulut itu merupakan program utama penyelidik kelulut UMT.

“Ekspedisi ini sudah menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kali ini, kita bersama JBESS menjalankan ekspedisi ke Gunung Pulai bagi mencari spesis kelulut di kawasan ini dan seterusnya membuat pemetaan kelulut di sini,”katanya.

Presiden Persatuan Usahawan Lebah Kelulut Johor (JBESS), Hazrulnizam Abu Bakar berkata, mengikut rekod Jabatan Pertanian terdapat 2,800 penternak kelulut di negeri ini.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.