e-Tunai Rakyat hanya menguntungkan kapitalis?

single-image

Baru-baru ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan bangganya mengumumkan bahawa seramai 15 juta rakyat Malaysia akan menerima sebanyak RM30.00 melalui program e-Tunai Rakyat. Melalui program ini kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM450 juta dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet iaitu Touch n Go, Boost dan Grab.

Inisiatif ini sebenarnya baru sahaja diperkenalkan oleh Menteri Kewangan ketika sesi pembentangan bajet pada tahun lalu. Inisiatif ini diperkenalkan mungkin juga sebagai salah satu cara untuk ‘memujuk’ rakyat yang tidak layak untuk mendapatkan inisiatif daripada kerajaan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH).

Namun begitu, berbalik kepada program e-Tunai Rakyat ini, apa yang boleh dikatakan program ini hanya menguntungkan kapitalis sahaja. Sudah tentu melalui ketiga-tiga e-dompet ini wang akan mengalir ke syarikat besar. Kita sendiri maklum, penggunaan e-dompet ini didominasi oleh syarikat-syarikat besar jadi tidak mustahil inisiatif ini memang hanya menguntungkan ekonomi kapitalis.

Lebih menguntungkan adalah syarikat telekomunikasi kerana e-dompet ini hanya boleh diakses melalui atas talian sahaja. Malah syarikat yang menyediakan perkhidmatan e-dompet ini sudah tentu mendapat pulangan yang berkali ganda.

Natijahnya apa akan terjadi dengan perniaga-peniaga kecil dan ekonomi setempat?

Kita pun sudah maklum, tidak semua perniaga-peniaga kecil ini mengamalkan penggunaan e-dompet ini. Jadi secara kasarnya mereka langsung tidak mendapat apa-apa manfaat daripada inisiatif ini. Melainkan program ini diberikan secara tunai sudah tentu wang yang diberikan akan mengalir ke peniaga-peniaga kecil dan ekonomi setempat.

Dalam pada itu, persoalan terbesar mula timbul benarkah program ini akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia?

Hal ini kerana jika kita lihat kerajaan menyediakan inisiatif ini kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000. Melihat kepada satu sudut yang berbeza, bagaimana inisiatif ini akan dimanfaatkan oleh orang luar bandar? Sedangkan ada daripada mereka masih tiada telefon bimbit pintar lagi.

Jadi kesimpulannya, inisiatif ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditambah pada masa akan datang. Bagi saya, sasaran 15 juta rakyat itu tidak mungkin akan tercapai selagi mana inisiatif ini tidak memberi manfaat kepada penduduk luar bandar.

Sekian,

Jom 'follow' dan 'like' kami:
1 Comment
  1. John 1 week ago
    Reply

    Ni rasuah dari kerajaan ke ?

Leave a Comment

Your email address will not be published.