Dulu RM70 sekarang RM500, ‘hadiah’ tahun baharu buat rakyat Johor.

single-image

Pada sesi pembentangan Belanjawan Johor 2020 pada bulan November yang lalu, Menteri Besar,Dato’ Sahruddin Jamal ada memaklumkan bahawa kerajaan negeri mahu menyemak semula kadar cukai tanah yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. (https://www.johorkini.my/semakan-semula-cukai-tanah-tak-bebankan-golongan-b40/)

Namun begitu, tanpa disangka-sangka sebenarnya dalam diam kadar cukai tanah di Johor sudah pun dinaikkan secara mendadak. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Segar Amat. 

Saudara Segar Amat telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan perbezaan resit pembayaran cukai tanah pada tahun 2019 dan tahun 2020. Apa yang mengejutkan kadar kenaikan cukai yang berkali-kali ganda.  

Sangat logik jika rata-rata rakyat Johor mempertikaikan kenaikan cukai tanah ini. Bayangkan, rakyat hanya menerima maklumat konon kerajaan negeri akan menyemak semula kadar cukai tanah mulai 1 Januari 2020. Tetapi apabila sudah masuk tahun 2020 lain jadinya, rakyat pula seperti diperbodohkan begitu sahaja.

Setidak-tidaknya umumkan dahulu kepada rakyat Johor khususnya tentang kenaikan cukai tanah ini dan berapa kenaikan yang dikenakan kepada mereka. Ini tidak, tiba-tiba tiada angin tiada ribut, tahun baharu 2020 rakyat dapat ‘hadiah istimewa’ dari kerajaan negeri dengan menaikkan cukai tanah lebih daripada lima kali ganda.

Namun persoalannya di sini, adakah benar kenaikkan cukai tanah sehingga begitu banyak sekali? Dari RM70 boleh mencanak naik hingga RM500?

Adakah kerajaan negeri langsung tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Apatah lagi dengan kadar kenaikan cukai tanah yang begitu tinggi pastinya menambahkan lagi beban rakyat yang sedia terbeban dengan keadaan semasa dan kos sara hidup yang semakin tinggi. 

Persoalannya lagi, adakah rakyat benar-benar gembira dan teruja dengan ‘hadiah istimewa’ ini?

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.