Dua cedera langgar bas sekolah buat pusingan U

single-image

JOHOR BAHRU : Dua lelaki cedera apabila motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah bas sekolah yang sedang melakukan pusingan U di Jalan Permas Utara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bas sekolah berkenaan gagal melakukan pusingan U dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas sekolah membuat pusingan U sebelum bertembung dengan motosikal yang berada di laluan lurus di Jalan Permas Utara.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal berusia 24 dan 25 tahun itu mengalami kecederaan, manakala pemandu bas sekolah tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dua mangsa tersebut masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.

“Tiada murid atau penumpang lain di dalam bas berkenaan ketika kejadian,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.