Dr Maszlee Persoal Takwim Persekolahan Dipinda, Sekali Prof Ridhuan ‘sekolahkan’ dia balik

single-image

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

KPM dalam kenyataan, hari ini berkata, pindaan itu melibatkan cuti pertengahan penggal dua dan cuti akhir tahun yang dikurangkan.

Pindaan melibatkan cuti pertengahan penggal dua itu dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara, katanya.

Dr Mazlee yang mempersoalkan kenapa pendapat para guru tidak diambil kira, berikut ulasan padu dari Prof Ridhuan

Bila bekas menteri mula meroyan bila tidak lagi jadi menteri

1.Bila bekas menteri pendidikan, mempersoalkan Kementerian Pendidikan kenapa tidak berbincang dengan guru sebelum meminda kalendar akademik 2020 dengan memendekkan cuti akhir tahun berbaki 2 minggu, terkejut saya.

Tidakkah Ketua Pengarah Pendidikan dan guru-guru yang bertugas di Putrajaya itu sudah mewakili guru. Mana mungkin Menteri Pendidikan buat keputusan sendiri. Sudah tentu sebelum keputusan dibuat, semua faktor sudah ambil kira. Lagi pun ia bukan berlaku sepanjang tahun. Inilah untuk berkorban demi anak bangsa

2. Betulkah bekas menteri dihujani luahan guru melalui mesej peribadi dan media sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya memendekkan cuti sekolah.

Hebat sungguh bekas menteri kasut hitam ni, DIHUJANI luahan guru-guru. Persoalannya, kenapa guru tidak berkata benar tentang wakil guru mereka iaitu, semua guru berjawatan tinggi di Putrajaya yang menjadi pentadbir. Mereka ni bukan wakil guru ker? Pelik sungguh beliau.

3. Kata bekas menteri ini lagi, “Guru-guru yang mengajar dari rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), melaksanakan kelas dalam talian setiap hari, bersungguh-sungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus koronavirus.

Sejak bila guru mengajar setiap hari dalam talian? Bekas menteri ni tahu atau tidak kekangan capaian internet yang dihadapi. Ada pelajar yang terpaksa panjat pokok untuk dapat capaian internet. Anak saya dan anak saudara saya ramai masih bersekolah, tak pernah dengar pulak guru mengajar SETIAP HARI dalam talian.

Bekas Menteri pernah terfikir tak, wang yang perlu dibayar jika pelajar buka data setiap hari untuk belajar dalam talian secara synchronous dan asynchronous. Bekas Menteri yang dah tak jadi menteri ni sedar atau tidak.apa dia cakap

4. Bekas menteri ni mempersoalkan. “Adakah semata-mata kerana kes Covid-19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan menteri pendidikan mahu melupakan jasa ‘frontliner’ di bahagian pendidikan ini?”

Mengucap panjang saya. Ini bukan soal frontliner. Semua yang bertugas di mana2 kementerian adalah frontliner. Isunya, soal masa depan pelajar yamg sudah ketinggalan mata pelajaran pembelajaran secara synchronous dan asynchronous. Bukan semua pelajar mampu belajar secara atas talian. Justeru, semua perlu berkorban.

Nasihat saya, bila dah tak jadi menteri, tak usahlah mak tunjuk seolah2 diri kamu seorang pejuang guru-guru. Tak usahlah nak berlakon. Kami dah muak dgn lakonsn ini.

Menteri, Ketua Pengarah Pendidikan dan mereka yang duduk di Putrajaya semuanya guru. Takkan mereka tidak maklum tugas dan beban guru. Cukup…cukuplah bekas menteri. Buatlah muhasabah diri

5. Bekas menteri berkata lagi, kementerian perlu mendekatkan diri dengan guru untuk mendengar, berbincang dan mengiktiraf pendapat profesional mereka. Kenyataan seolah-olah merendah-rendahkan guru-guru yang bertugas di Putrajaya. Insaflah bekas menteri

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti pertengahan penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi semua sekolah.

Berikut reaksi netizan

Berikut kenyataan Dr Mazlee sebelum ini

PARA GURU JUGA ADALAH PETUGAS BARISAN HADAPAN (FRONTLINER), HARGAI DAN IKTIRAF PENDAPAT MEREKA

Saya ambil maklum keresahan para guru mengenai keputusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meminda takwim persekolahan untuk penggal 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan COVID 19.

Sejak beberapa jam yang lalu, saya dihujani dengan desakan dan luahan para guru melalui mesej-mesej peribadi di WhatsApp dan medium media sosial yang lain.

Saya secara peribadi berasa sedih dan juga kecewa ketika pendapat para guru tidak diambil kira dalam keputusan penting seperti yang dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan hari ini.

Guru-guru yang berada di bawah hari ini, yang mengajar dari rumah ketika PKP, yang melaksanakan kelas-kelas dalam talian setiap hari, yang bersungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, yang gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus korona.

Adakah semata-mata kerana kes COVID 19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan Menteri Pendidikan mahu melupakan jasa frontliner di bahagian pendidikan ini?

Saya dengan ini menyeru Menteri Pendidikan untuk kembali mendekatkan diri dengan warga pendidik dan para guru yang berada di sekolah-sekolah, mendengar dan berbincang secara muafakat dengan mereka dan mengiktiraf pendapat profesional mereka sama seperti amalan KPM sebelum ini.

Menteri Pendidikan juga harus kembali mengambilkira dan mengiktiraf pendapat kesatuan guru seperti NUTP, KGMMB dan yang lain untuk memastikan pendapat dan keresahan para guru diambilkira ketika apa juga perubahan polisi dilaksanakan.

YB Dr Maszlee Malik
23 JUN 2020

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber : http://trendingsangat.pw/

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.