DMJ : Wong Shu Qi Rasis dan Biadap

single-image
  1. Kemelut dan polemik politik ketakutan yang disandarkan kepada pengenalan topik kaligrafi Jawi Bahasa Melayu sepatutnya sudah tamat, malah tidak sewajarnya berlaku sejak awal. Namun, sikap menangguk di air keruh pemimpin DAP dan Dong Jong Ziao Jong telah menjadikan perkara ini semakin rumit.
     
  2. Terbaharu, penghinaan YB Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang terus membangkitkan kemarahan dan kekecewaan ramai netizen dari pelbagai kaum, termasuklah masyarakat Cina sendiri. Ramai yang beranggapan bahawa kenyataan serta penghinaan beliau dengan cara menggelar tulisan jadi sebagai medium penulisan novel lucah serta melabelkan umat Islam sebagai ekstremis adalah sangat biadap, dangkal dan bermotifkan politik perkauman yang bertujuan mengganggu keamanan.
     
  3. Rasa hormat kepada orang Melayu dan warisan budaya bangsa berada pada tahap sifar apabila beliau terus-menerus menjadikan subjek khat jawi Bahasa Melayu sebagai modal politik kebencian. Kedangkalan tersebut wajar dikecam atas beberapa sebab yang sangat jelas.
     
  4. Pertama, sebagai seorang Ahli Parlimen dan pernah menyandang jawatan sebagai ADUN di negeri Johor pada penggal yang lepas, beliau wajib mengetahui bahawa tulisan jawi adalah tulisan rasmi surat menyurat Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor. Justeru, tindakan melabelkan tulisan jawi sebagai medium penulisan bahan lucah dalam konteks yang mengelirukan adalah satu bentuk penghinaan kepada Istana Johor dan Kerajaan Negeri Johor.
     
  5. Kedua, sekalipun telah diterangkan berkali-kali bahawa kaligrafi khat jawi tulisan Melayu adalah seni warisan persuratan Melayu semata-mata, pemimpin DAP seperti YB Wong Shu Qi terus menerus menakutkan masyarakat bukan Melayu dengan menuduhnya sebagai proses Islamisasi, iaitu satu proses untuk mengislamkan orang-orang bukan Islam.
     
  6. Sedangkan, latihan 3 muka surat tanpa penilaian peperiksaan yang diajarkan sekali dalam tempoh sepanjang 11 tahun sistem persekolahan kebangsaan tidak akan memberikan kesan bersifat keagamaan dan bangsa.
     
  7. Malah, kanak-kanak di bangku sekolah berumur 10 tahun akan disemai dengan kepelbagaian budaya bangsa Malaysia, yang juga warisan sejarah negara sendiri. Bukanlah artifak sejarah seperti Batu Bersurat Terengganu (1303) dan Surat (1602) ditulis dalam tulisan Jawi.
     
  8. Yang peliknya, percanggahan pendirian dan naratif yang sangat ketara. Sebentar, jawi adalah elemen lucah, sebentar ia adalah elemen Islamisasi. Jadi yang mana satu?
     
  9. Jelaslah, semua ini adalah sebahagian dari agenda politik kebencian yang bertujuan mempersendakan orang Melayu dan memecahbelahkan masyarakat kita.
     
  10. Rentetan itu, Dewan Muda Johor dengan ini mengecam sekali gus mendesak secara tegas agar:
     
    a. Menteri Besar Johor, YAB Dato Dr. Sahruddin Jamal membuat kenyataan dan pendirian berkaitan isu ini. Kebiadaban dan kedangkalan tindakan pemimpin DAP Johor sudah tentulah mempunyai kesan kepada Kerajaan Negeri Johor.
     
    b. Ketua DAPSY Johor, YB Sheikh Omar, yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor, membuat kenyataan dan pendirian berhubung penghinaan oleh YB Wong Shu Qi. Ini selari dengan pengisytiharan oleh YB Sheikh Omar bahawa penyertaan beliau dalam DAP adalah untuk menjadi jambatan yang menghubungkan DAP dengan Islam dan orang Melayu. Ini adalah masa untuk beliau mengotakan janji dan menunjukkan teladan.
     
    c. YB Wong Shu Qi harus meletak jawatan dan berasa malu dengan tindakan tersebut. Sekadar membuat kenyataan maaf secara terbuka tanpa keseriusan kepada seluruh warga Johor dan Malaysia bukanlah satu alternatif. Sudah tiba masanya kita bertegas dengan politikus cauvinis yang sering membudayakan politik kebencian yang disandarkan kepada warisan orang Melayu dan amalan Istana Johor.
     
    d. Parti DAP Johor dan DAP Malaysia mesti mengambil pertanggungjawaban dan mengenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya. Ini bukan masa berdalih bahawa itu hanyalah pandangan peribadi yang tidak mewakili parti.
     
  11. Sekali lagi, dengan tegas dan kesal, DMJ mengecam tindakan YB Wong Shu Qi serta mereka yang bersikap tidak sopan seperti beliau atas sikap rasis, ekstremis dan prejudis yang ditunjukkan kepada bangsa lain. Cubaan melazimkan Islamofobia dan Melayufobia seperti ini mesti dihentikan serta merta.

13 Ogos 2019, Dewan Muda Johor.

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.