DMJ: Tun Mahathir, Sikap ‘Mendiamkan Orang Kalah’ Tidak Demokrasi, Diktator

single-image

 

1. Baru semalam Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa “Jika Raja yang pilih MB, Malaysia bukan negara demokrasi”. Kenyataan ini secara tidak langsung menyatakan Malaysia adalah negara demokrasi dan bukan selainnya.

2. Dewan Muda Johor (DMJ) bersetuju bahawa Malaysia adalah negara demokrasi, tetapi kadang-kadang sikap Tun Dr Mahathir sendiri tidak melambangkan sifat demokrasi tersebut.

3. Terbaharu, DMJ memetik kenyataan beliau yang menyatakan ‘Orang kalah diamlah!’ di Malaysiakini membuktikan beliau tidak hormat kepada demokrasi yang beliau sendiri sebut.

4. Kenyataan tersebut dibuat rentetan daripada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohamad yang meminta agar Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Menteri Besar yang baru kerana memikirkan tiada calon yang lebih layak untuk memimpin Johor berbanding Tan Sri Muhyiddin.

5. DMJ turut bersetuju dengan cadangan Datuk Ir Hasni tersebut. Sebagai seorang yang pernah menjadi Bekas Menteri Besar Johor, Bekas Timbalan Perdan Menteri dan kini Menteri Dalam Negeri, sesungguhnya pengalaman Tan Sri Muhyiddin diperlukan untuk memacu Negeri Johor yang penuh dengan potensi ini. Kita tak mampu untuk mempunyai seorang lagi Menteri Besar seperti Osman Sapian yang tidak berpengalaman, tidak berpendidikan, dan tidak mempunyai visi misi yang jelas.

6. Sebagai Ketua Pembangkang dan dalam blok pembangkang di Johor, DMJ percaya bahawa Datuk Ir Hasni mempunyai kapasiti untuk menyuarakan pendapat dan pandangan beliau dan dalam masa yang sama memainkan peranan untuk semak dan imbang kepada kerajaan pada hari ini.

7. Selain daripada itu, dalam kenyataan berkenaan, Tun Dr Mahathir juga menyatakan bahawa “Kita akan letakkan seorang calon”.

8. DMJ percaya bahawa tindakan meletakkan hanya seorang calon juga tidak melambangkan demokrasi kerana tidak membenarkan DYMM Sultan Johor untuk mempunyai pilihan, sedangkan kuasa memilih Menteri Besar Johor adalah kuasa mutlak Sultan. Jika menggunakan perkataan memilih, maka pilihan itu mestilah dua atau lebih, bukan 1. Memberi satu pilihan adalah sikap ‘diktator’ yang kalau boleh kita elak dalam era Malaysia Baru.

*Darren Lai Chai En*
Dewan Muda Johor

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.