DMJ: Perluaskan Projek Inkubator Usahawan Muda Ke Seluruh Negeri Johor

single-image

18 November 2020

  1. Sempena Belanjawan Johor 2021 yang akan dibentangkan tidak lama lagi, salah satu cadangan Dewan Muda Johor (DMJ) adalah untuk kerajaan negeri Johor memperluaskan inkubator usahawan muda di seluruh negeri Johor, terutamanya dikawasan luar bandar.
  2. Inkubator usahawan muda yang telah wujud sebelum ini merupakan program perintis oleh Perbadanan Islam Johor, sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Johor yang mana bertujuan untuk menggalakan belia Islam untuk menceburi bidang perniagaan.
  3. Sehingga kini, inkubator usahawan ini telah ada di 5 kawasan, antaranya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru dan Pasir Gudang.
  4. Kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) sewajarnya melalui Belanjawan Johor 2021 ini memperuntukkan sejumlah peruntukkan bagi memperluaskan projek inkubator usahawan muda ini di seluruh negeri Johor. Sebagai contoh, di daerah yang masih tidak mempunyai inkubator usahawan ini seperti di Segamat, Pontian, Mersing, Batu Pahat dan Kluang.
  5. DMJ juga mencadangkan agar jumlah sewa inkubator ini dapat direndahkan daripada RM300.00 kepada RM150.00 untuk tahun pertama, dan ditingkatkan secara beransur-ansur mengikut keadaan ekonomi semasa. Selain itu, jumlah deposit sewa juga boleh dikurangkan daripada 2 bulan kepada 1 bulan sahaja.
  6. DMJ juga berharap agar kawasan inkubator yang akan dibina juga mestilah terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai laluan trafik pengguna yang tinggi bagi memberikan nilai tambah kepada perniagaan usahawan muda tersebut.
  7. DMJ percaya dengan memperluaskan dan memperbanyakkan projek inkubator usahawan muda ini, kerajaan negeri Johor dapat memberikan ruang dan peluang kepada lebih ramai peniaga muda yang baru sahaja berjinak-jinak ingin memulakan perniagaan untuk mempunyai tempat bertapak dan seterusnya meningkatkan sumber ekonomi diri mereka dan masyarakat setempat.
  8. Semoga cadangan bagi memperluas dan memperbanyakkan inkubator usahawan muda ini akan didengari oleh kerajaan negeri dan dapat direalisasikan pada Belanjawan Johor 2021.
#DewanMudaJohor
#KuasaPendesak
#BelanjawanJohor2021

https://www.facebook.com/102558054460945/posts/421850375865043/?d=n

Leave a Comment

Your email address will not be published.