DMJ: Mana Janji Siaran Percuma EPL?

single-image

8 Ogos 2019

  1. Sabtu ini, 10 Ogos 2019, akan berlangsungnya perlawanan pertama English Premier League (EPL) untuk sesi 2019-2020. Ini juga bermakna, ini merupakan EPL tahun ke-2 selepas pasca PRU-14.
  2. Jika ada yang masih ingat, pada pra PRU-14, pemuda Pakatan Harapan pada ketika itu telah menawarkan janji untuk memberikan siaran perlawanan bola sepak antarabangsa percuma iaitu EPL di RTM jika Pakatan Harapan mendapat mandat mentadbir negara selepas PRU-14. Tawaran serta janji tersebut telah dinyatakan pada Konvensyen Pemuda Harapan sekitar Januari 2018.
  3. Janji ini juga adalah antara 10 dasar teras manifesto Pakatan Harapan pada ketika itu untuk ‘menggoda’ pengundi Muda. Namun sehingga kini, janji ini terus dibiarkan sepi tanya sebarang khabar dan berita.
  4. Ketika janji tersebut dilafazkan oleh pemuda Pakatan Harapan, ramai yang menentang, tetapi tak kurang juga yang menyokong. Bagi pihak yang menentang, hujahnya pasti pada kos bilamana ia melibatkan proses bidaan yang tinggi dan perlu bersaing dengan syarikat-syarikat swasta seperti Astro. Bagi yang menyokong, pasti hujahnya adalah mereka dapat menonton siaran EPL di rumah bersama keluarga, dan dapat berjimat tanpa perlu melanggani Astro dan sebagainya.
  5. Dewan Muda Johor (DMJ) yakin dan percaya bahawa peratusan anak muda yang tertarik dan menyokong janji populis Pakatan Harapan ini juga tinggi sehingga sokongan tersebut diterjemahkan dalam bentuk undi pada PRU-14 yang lalu.
  6. Oleh yang demikian, DMJ menuntut agar Kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto PRU-14 untuk menyiarkan siaran EPL secara percuma di RTM dengan kadar yang segera. DMJ berpendapat ia adalah sangat tidak adil dan satu pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi Pakatan Harapan atas faktor janji tersebut.
  7. Namun jika kerajaan Pakatan Harapan mendapati siaran percuma EPL ini tidak dapat ditunaikan atas apa faktor dan sebab sekalipun, DMJ mendesak agar pemuda Pakatan Harapan yang kini diketuai oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu mohon maaf kepada semua pengundi anak muda dan seluruh rakyat Malaysia yang telah ditipu dan tertipu dengan janji siaran EPL percuma tersebut.
  8. Secara kesimpualan, perkara ini perlu dijadikan pengajaran kepada parti-parti politik diluar sana agar tidak berjanji sesuatu perkara yang diluar kemampuan seperti ‘janji bulan dan bintang’. Dalam masa yang sama, rakyat juga perlu bijak menilai parti-parti politik yang mana hanya ‘menanam tebu ditepi bibir’, tetapi bilamana sampai ke peringkat pelaksanaan janji-janji, pasti banyak helahnya dan lakonannya.
  • Tamat –
Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.