DMJ : Lim Kit Siang bukan seorang Negarawan

single-image

4 Ogos 2019

  1. Dewan Muda Johor (DMJ) merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua DAPSY Kebangsaan, YB Howard Lee dalam satu kenyataan beliau bertajuk “PEMUDA PAS IKUT PERANGAI BUSUK TRUMP, INGIN HALAU RAKYAT DARI NEGARA SENDIRI”.
  2. Dalam kenyataan tersebut, YB Howard Lee menyatakan pembelaan beliau terhadap YB Lim Kit Siang selepas kononnya ada cadangan daripada Timbalan Pemuda PAS Pusat, YB Fadhli Shaari yang menginginkan agar YB Lim Kit Siang meningggalkan negara ini ekoran kritikan keras YB Lim Kit Siang terhadap pendakwah Islam, Dr Zakir Naik.
  3. Selain itu, dalam kenyataan yang sama, YB Howard Lee turut mengelarkan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor tersebut sebagai seorang ‘Negarawan’.
  4. DMJ ingin menyatakan pendirian kami bahawa kami tidak bersetuju dengan gelaran ‘Negarawan’ yang diberikan oleh YB Howard Lee kepada YB Lim Kit Siang tersebut. Kami berpendapat bahawa sumbangan dan jasa yang diberikan oleh YB Lim Kit Siang ini kepada Malaysia masih belum cukup dan tidak layak untuk memakai gelaran ‘Negarawan’ tersebut.
  5. Pandangan DMJ ini juga dipandu melalui satu survey yang kami lakukan di Facebook untuk tempoh yang singkat yang mana daripada 1,100 orang responden, 97% menyatakan bahawa YB Lim Kit Siang masih belum layak untuk memikul gelaran ‘Negarawan’, manakala hanya 3% sahaja yang menyokong kenyataan YB Howard Lee tersebut. (Survey dibuka hanya untuk tempoh 24 jam)
  6. DMJ juga berpendapat ciri-ciri eksklusif ‘Negarawan’ tidak ada pada YB Lim Kit Siang. Walaupun telah 6 penggal menjadi Ahli Parlimen pelbagai negeri, tetapi 5 penggal daripada tempoh tersebut adalah sebagai pembangkang. Dan pada ketika ini juga, walaupun telah menjadi Ahli Parlimen kerajaan, beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan penting dalam kerajaan dan tidak memegang jawatan sebagai Menteri, mahupun Timbalan Menteri Kabinet.
  7. Jika kita imbas kembali sejarah lampau, YB Lim Kit Siang juga mempunyai latar belakang yang agak meragukan. Beliau dikhabarkan bukan dilahirkan di Malaysia , dan ketika zaman muda, beliau dikatakan menyokong komunis pada ketika itu. Beliau juga sering dilihat sebagai anti Melayu dan Islam dengan kenyataan -kenyataan yang dikeluarkannya dan beliau juga sering mengkritik kepimpinan Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu yang menyebabkan kreadibiliti beliau untuk diangkat sebagai ‘Negarawan’ sebaris dengan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V T Sambathan, Tun Dr Ismail Abd Rahman, Tun Dr Lim Chong Eu dan lain-lain adalah sangat lemah.
  8. Cukuplah sekadar kita mengiktiraf YB Lim Kit Siang sebagai seorang ‘political survival’ yang hebat kerana mampu menjadi Ahli Parlimen selama 6 penggal di 5 buah negeri yang berbeza, tetapi untuk gelaran ulung sebagai ‘Negarawan’, sesungguhnya beliau tidak layak untuk menerimanya.

Ends.

DEWAN MUDA JOHOR

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.