DMJ: G25 Perlu Hormati Kuasa Institusi Raja Sebagai Entiti Yang ‘Menyemak Dan Mengimbangi’ Kuasa Eksekutif

single-image

16 April 2019

1. Dewan Muda Johor (DMJ) merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh G25 yang bertajuk “G25: Days of obeying Sultan’s command ‘no matter what’ are over” di akhbar tabloid Malay Mail semalam.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/15/g25-days-of-obeying-sultans-command-no-matter-what-are-over/1743528

2. Dalam kenyataan tersebut, G25 menyatakan bahawa “State Rulers are constitutional monarchs not dispots with absolute powers” dan ditambah “G25 disturbed by the Johor Crown Prince’s assertion that his father to appoint or sack MB, besides allegations that ruler was also behind Datuk Seri Osman Sapian’ resignation as MB”.

3. Selain itu kenyataan G25 dalam kenyataan tersebut seperti “We no longer live in feudal society under feudal raja” dan pelbagai lagi.

4. DMJ percaya kenyataan G25 yang hanya dikeluarkan pada 15 April ini bersifat “afterthought”, dan tidak boleh diguna pakai.

5. Pertama, Datuk Hj Osman Sapian sendiri mengaku bahawa beliau meletakkan jawatan dengan sukarela tanpa tekanan daripada pihak Istana, atau mana-mana pihak. Rujuk: http://www.astroawani.com/…/sidang-media-khas-mb-johor-datu…

6. Kedua, ia benar bahawa Malaysia mengamalkan konsep “Raja Berpelembagaan” (constitutional monarch), dan di Johor kita mengamalkan konsep tersebut. Maka kerana itulah peralihan kuasa dan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Ini semua adalah kerana kebijaksanaan DYMM Sultan Johor dalam mengendalikan isu ini, dan baginda mahu mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan di Negeri Johor.

7. Ketiga, walaupun Institusi Raja tidak mempunyai kuasa mutlak dan kita bukan lagi di zaman feudal, G25 perlu memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor memberikan kuasa budibicara kepada Sultan untuk beberapa perkara, yang antaranya untuk memilih dan melantik Menteri Besar.

8. Maka adalah kerana itu, Sultan Johor memilih dan memperkenan Dr Sahruddin Jamal dan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar Ke-17. Jika tidak, pasti pelantikan tersebut tidak akan berlaku.

9. G25 juga perlu sedar bahawa walaupun dalam konsep ‘Raja Berpelembagaan’, Institusi Diraja perlu memainkan peranan untuk ‘semak dan imbang’ kepada kuasa eksekutif. Jika Institusi Diraja tiada kuasa mutlak, maka ia juga sama seperti eksekutif, tiada kuasa mutlak kepada mereka, kerana menurut kata-kata Ahli Politik British, Lord Acton, “Absolute Power Corrupts Absolutely”. Eksekutif dan Institusi Diraja perlu saling semak dan imbang antara satu sama lain, bagi memastikan pentadbiran negeri dan negara berjalan dengan lancar dan harmoni.

10. DMJ ingin memetik kata-kata Sultan Nazrin Shah, Sultan Perak yang menyatakan bahawa “Raja bukan monumen hiasan yang kaku”, “Raja bukan sekadar pelengkap memenuhi adat, negara beraja, rakyat bersultan”. Maka dengan itu, kita perlu hormati peranan Raja dan Sultan dalam pentadbiran negeri dan negara, dan tidak sesekali menafikannya.

11. Maka, kenyataan G25 yang terdiri daripada golongan Melayu elitis yang menolak peranan Institusi Diraja adalah amat mendukacitakan dan ia seolah-olah membenarkan tanggapan sesetengah pihak bahawa G25 adalah gerakan yang radikal dan ekstrim. Kenyataan G25 ini secara tidak langsung lari daripada peranan asal mereka untuk menjadi suara dari perspektif wassatiyah (kesederhanaan).

#DewanMudaJohor
#Muda
#ArusBaru
#KuasaPendesak

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.