Dimanakah ADUN Kempas menghilang ketika DUN Kempas dinaiki air?

single-image

Pada dua hari yang lepas, kawasan stesen bas Taman Johor dinaiki air ekoran hujan rebut yang kian menjadi ekoran faktor perubahan iklim. Namun, perubahan iklim bukan menjadi alasan kepada permasalahan ini, malah perkara ini telah dinyatakan menerusi kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Pulai, Saudara Muhammad Shaqib Bin Shahrilnizam pada tahun lepas dengan menyatakan kebimbangan beliau dan mendesak agar Kerajaan Negeri Johor bersama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengadakan Pelan Adaptasi dan Mitigasi Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.

Namun, pendapat tersebut tidak diambil secara serius dan dibuang begitu sahaja. Selain itu, ketika perkara ini terjadi, Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas hilang tanpa radar,seolah-olah membisu dan menutup mata tentang isu tersebut. Beliau tidak menaikkan sebarang kenyataan media mahupun tindakan segera diambil untuk menyelesaikan kes tersebut. Rakyat memerlukan ADUN yang bernadikan kepada rakyat terutama sekali kebajikan di kawasan DUN tersebut dan bukannya hanya ahli politik yang omong kosong.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai mendesak agar ADUN Kempas mendengar keluhan rakyat dan menyegerakan langkah-langkah Pelan Adaptasi Johor Bahru seperti yang telah dikemukakan oleh Ketua Penerangan Pemuda Pulai dan seperti yang dinyatakan dalam Bajet Negeri Johor 2019. Sekiranya perkara ini berterusan tanpa adanya solusi maka ini menunjukkan Kerajaan Negeri Johor dibawah Pakatan Harapan adalah gagal dan melantik Menteri Besar yang tidak kompeten dan berfikiran kritikal dalam menyelesaikan segala masalah.

Sekretariat Bertindak Rakyat

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.