Di mana Sheikh Omar ketika rakan dari DAP hina Islam ?

single-image

Isu tulisan jawi telah menjadi topik hangat di media sosial sejak akhir ini dan sering kali menjadi topik perdebatan pelbagai pihak.

Isu ini bertambah panas apabila tersebar video Ahli Parlimen Kluang dari DAP iaitu YB Wong Shu Qi telah mempersendakan dan menghina tulisan jawi didalam satu ceramah tertutup bersama pemimpin DAP Kluang.

Dalam ceramah berkenaan Wong Shi Qi telah mengaitkan tulisan jawi dengan majalah lucah. Ini jelas sekali satu tindakan menghina.

Sehingga hari ini Wong Shu Qi tidak ada mengeluarkan kenyataan maaf langsung atas tindakan beliau itu. Seolah-olah apa yang dilakukannya itu langsung tidak salah.

Tapi apa yang saya ingin persoalkan adalah dimana YB Sheikh Omar yang telah dilantik sebagai ketua DAPSY Johor.

Jika sebelum ini Sheikh Omar pernah menyatakan akan menjadi jambatan menghubungkan DAP dan Islam. Tetapi kenapa sehingga hari ini beliau tidak pernah pun menasihati rakan-rakannya yang ada didalam DAP supaya menghormati agama Islam ?

Sheikh Omar juga merupakan seorang EXCO di Negeri Johor. Jadi dia perlu memainkan peranaan dalam menjaga agama islam di Johor. Bukan mengunci mulut ketika agama Islam di permainkan dan dihina.

Sheikh Omar juga sepatutnya mendesak kepimpinan tertinggi DAP agar mengambil tindakan disiplin keatas Wong Shu Qi. Atau Sheikh Omar tidak berani kerana takut kehilangan jawatan ?

Akhir sekali saya ingin bertanya kepada Sheikh Omar. Adakah anda ini jambatan atau pun kuda kepada DAP ?

Johan Arif
Persatuan Pemikir Muda Johor

*Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.