Di mana Sheikh Omar apabila Islam di hina?

single-image

Baru-baru ini, Sheikh Omar ada mengeluarkan satu kenyataan sebagai serangan balas terhadap kenyataan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebelum ini yang menyarankan supaya Lim Kit Siang melupakan retorik Malaysia Baharu.

Hairan sungguh melihat Sheikh Omar, pantang sesiapa sahaja yang menyentuh perihal pemimpin DAP atau keseluruhan parti itu pasti cepat sahaja beliau membuat kenyataan balas atau menyerang kembali.

Dengan kata lain, apabila soal Lim Kit Siang atau DAP dialah orang pertama yang tampil membela walaupun hal tersebut hanya kecil sahaja. Tetapi bila soal orang Melayu, Islam atau institusi di Raja Sheikh Omar bak patung cendana terus diam membisu tanpa mengeluarkan kenyataan jauh sekali untuk mempertahankannya.

Misalnya, isu tulisan jawi baru-baru ini, kenapa Sheikh Omar langsung tidak memberi teguran kepada Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang dengan sengahaja mempersendakan dan menghina tulisan jawi secara terang-terangan di dalam satu ceramah tertutup bersama pemimpin-pemimpin DAP.

Apa salahnya beliau sebagai wakil umat Islam dalam parti DAP memberi teguran kepada pemimpin-pemimpin DAP yang menghina Islam. Beliau sendiri beringkar sebelum ini untuk menjadi jambatan untuk menghubungkan DAP dengan Islam. Tetapi nampaknya setakat ini beliau tidak bertindak ke arah itu.

Tidak perlu membuang masa, berhentilah jadi puppet kepada DAP. Ada baiknya mengangkat kembali martabat orang Melayu, Islam dan Institusi di Raja yang kian diinjak-injak oleh pemimpin DAP kini.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.