Deklarasi Tanjung Piai

single-image

JOHOR BAHRU : Sebelum majlis penutupan Konvensyen UMNO Johor 2019 diadakan, konvensyen diserikan lagi dengan gimik penyerahan Deklarasi Tanjung Piai

Setiausaha Perhubungan UMNO Johor, Datuk Shamsol Bari dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan deklarasi tersebut kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Datuk Shamsol sempat menyimpulkan bahawa konvesyen pada hari ini merupakan satu platform dalam memperkukuhkan parti dan meraih kembali keyakinan rakyat kepada UMNO.

“konvensyen ini telah menginsafi bahawa UMNO Johor perlu memulihkan kembali keyakinan rakyat dan memperkukuhkan jasad serta rohnya dengan Membumikan Nasionalisme Melayu Baru yang asasi dan sebenar,

“mengakui bahawa PRK Parlimen Tanjung Piai wajib dimenangi oleh calon pilihan Barisan Nasional dan disokong serta dijayakan penuh oleh semua ahli parti tanpa sangsi dan prejudis,” katanya dalam ucapan penyerahan Deklarasi Tanjung Piai.

Sambil itu, Datuk Shamsol Bari turut menyeru supaya menyokong calon PRK Parlimen Tanjung Piai dengan sepenuh hati dan sederap sebagai satu pasukan atas semangat konsensus Barisan Nasional.

“UMNO Johor perlu memastikan kerjasama yang utuh dalam menjayakan kempen PRK Parlimen Tanjung Piai oleh segenap jentera Barisan Nasional dalam memenangkan calon pilihan bersama,” katanya.

Sekian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.