DAP Johor tolak bahas usul ‘Abu Chin Peng’ dibawa pulang ?

single-image

Barisan wakil rakyat pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor pada hari ini telah mengusulkan isu bawa pulang abu mayat Ching Peng oleh kumpulan tertentu untuk dibahaskan. Usul ini telah diterima untuk dibahaskan di dalam dewan. YB Ayub Jamil, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Kawasan Rengit di dalam sidang media menjelaskan bahawa wakil rakyat pembangkang mendesak supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan ke atas kumpulan ini dalam tempoh masa tertentu. Sekiranya siasatan menjangkaui tiga bulan dan ke atas, Menteri Dalam Negeri haruslah meletakkan jawatan.

Isu ini telah menimbulkan polemik di kalangan rakyat. Bagai luka disimbah garam seperti kata sesetengah rakyat, isu ini bagaikan menjentik sensitiviti berbilang kaum di negara ini. Umum diketahui Chin Peng adalah Ketua Parti Komunis Malaya yang telah menghuru harakan Malaysia pada zaman darurat sebelum merdeka. Maka, tindakan kumpulan tertentu yanh membawa pulang abu mayat Chin Peng ini tidak boleh diterima masyarakat Malaysia terutama waris parajurit-parajurit negara yang bermandi darah mempertahankan negara ini.

Ketika usul ini dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Johor, wakil-wakil rakyat dari Pakatan Harapan terutama DAP tidak hadir untuk turut sama berbahas. Tindakan wakil rakyat DAP Johor ini seolah-olah menunjukkan isyarat yang jelas bahawa mereka bersetuju menerima abu mayat Chin Peng ini dibawa ke tanah berdaulat ini. Satu bentuk penghinaan kepada wira-wira negara yang telah berkorban demi negara ini. Malah ada juga yang berbisik-bisik bahawa sikap ahli DAP Johor ini mendedahkan siapa dalang di sebalik kumpulan tertentu ini.

Liew Chin Tong sudah semestinya lebih arif tentang perihal ini. Sebagai pakar strategi DAP, sudah semestinya tindakan wakil rakyat DAP ini di dalam pengetahuannya. Sebagai parti yang didakwa tidak mengamalkan politik perkauman, mengapa DAP harus melukakan hati sebilangan besar rakyat Malaysia. Mereka patut turut serta berbahas kerana isu ini bukan lah isu perkauman sebaliknya isu ini melibatkan maruah negara, jatidiri dan semangat nasionalisma. Mereka sepatutnya bersama-sama rakyat Malaysia menolak tindakan membawa masuk abu mayat pengkhianat bangsa seperti Chin Peng ini.

Tidak ada seorang pun wakil rakyat DAP ini yang hadir di dalam dewan, sekurang-kurang melahirkan perasaan tidak bersetuju mereka terhadap perbuatan ini. Adakah DAP sebenarnya benar-benar mengiktiraf Chin Peng sebagai pejuang negara? Jika telahan itu benar, maka rakyat Malaysia harus berwaspada. Ideologi komunisme itu telah kembali di Malaysia ini dalam bentuk penjajahan yang baru. Kita rakyat Malaysia harus bersama-sama tidak kira apa kaum harus menentang ideologi komunisme ini. Jangan biarkan mereka bertapak kembali dan menjadikan tanah berdaulat ini kembali bergolak dan berduka.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.