DAP Johor sedang pancing Syed Saddiq?

single-image

Selepas Syed Saddiq tarik balik cabaran undang-undang mengenai isu pemecatan dirinya dari Bersatu. Ada beberapa pemimpin politik yang menawarkan tawaran istimewa kepada Syed Saddiq. 

Baru-baru ini, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) ada mempelawa Syed Saddiq untuk menyertai AMANAH setelah secara rasmi digugurkan dari parti Bersatu. Terbaru ada khabar angin dari sumber di Muar yang enggan didedahkan mengatakan DAP Johor juga sedang memujuk Syed Saddiq untuk menyertai DAP. Benarkah khabar angin ini?

Tetapi secara logiknya, khabar angin yang bertiup ini ada asasnya apabila ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yakni menggesa supaya akar umbi DAP Johor untuk membantu Syed Saddiq di Muar bagi memenangi kerusi parlimen Muar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pelik dalam banyak-banyak parti yang berada dalam Pakatan Harapan kenapa mesti DAP yang menawarkan bantuan kepada Syed Saddiq? Sedangkan Syed Saddiq dan Tun Mahathir sudah umum keluar Pakatan Harapan dan membentuk blok bebas tetapi kenapa DAP masih lagi Beria untuk membantu Syed Saddiq? Atas kapasiti apa tawaran bantuan itu diberikan kepada Syed Saddiq?

Apa yang boleh dikatakan perkara yang terjadi ini saling berkait jadi adakah benar DAP sedang memancing Syed Saddiq untuk menyertai DAP Johor? Kita pun sedia maklum parti DAP ini sinonim dengan pemimpin Melayu muda untuk dijual sebagai muka hadapan. Lebih-lebih lagi sekarang ini, Syed Saddiq tidak berparti. Jadi banyak kemungkinan boleh berlaku selagi Syed Saddiq tidak menyertai mana-mana parti buat masa sekarang.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.