DAP Johor puji Datuk Hasni sebagai Menteri Besar

single-image

Pada hari khamis lepas, dua ADUN DAP Johor telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad. Dalam perjumpaan berkenaan kedua-dua pemimpin tersebut telah memuji kebijaksanaan Datuk Hasni dalam menangani masalah di Johor.

Jumu'ah Mubārakah…Saya dan ADUN Skudai YB Tan Hong Pin luangkan masa bertemu YAB Datuk Ir Hj Hasni Mohammad, Menteri…

Posted by Sheikh Omar Ali on Thursday, October 22, 2020

Saya bersama Sdr. Sheikh Omar Ali, ADUN Paloh telah mengadakan pertemuan dengan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hj….

Posted by Tan Hong Pin 陈泓宾 on Thursday, October 22, 2020

Apa yang cuba nak disampaikan adalah dari penulisan kedua-dua pemimpin ini ia memberi gambaran yang jelas bahawa apa yang dikhabarkan oleh Timbalan Pemuda Amanah, Serudin sebelum ini amat bertentangan. Bagaimana Serudin boleh mengatakan Datuk Hasni gagal dalam mentadbir urus negeri ini sedangkan dua ADUN Pembangkang sendiri memuji kepimpinan Datuk Hasni?

Apakah DAP dan AMANAH sudah tidak lagi sehaluan selepas pemimpin AMANAH secara bersendirian mengajak UMNO untuk membentuk kerajaan bersama di Johor ?

Kembali kepada persoalan Timbalan Pemuda AMANAH Johor, saya nak sarankan Serudin untuk datang dan berjumpa dengan Datuk Hasni seperti ADUN DAP ini. Mereka datang dan mendapatkan sendiri gambaran sebenar mengenai keadaan yang berlaku di Johor. Jangalah hanya jadi seperti anjing menyalak bukit.

Apa pun, Datuk Hasni memang terbaik kerana terbuka menerima sesiapa sahaja untuk berjumpa dan bertukar-tukar pandangan demi kebaikan rakyat Johor.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.