DAP guna Tun Mahathir hanya untuk rampas kuasa kembali

single-image

Selagi tiada garis penamat selagi itu DAP akan menggunakan apa sahaja cara untuk berkuasa kembali. Terbaru melalui kenyataan yang dikeluarkan mereka, DAP dengan tegas mengatakan bahawa mereka mahu melihat Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10. 

https://www.malaysiakini.com/news/531245

Namun, sebelum perkara itu terjadi mereka berpandangan peralihan kuasa selama enam bulan perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Adakah DAP tidak yakin yang mereka boleh kembali berkuasa jika terus mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9 tanpa ada sebarang peralihan kuasa? Dan adakah disebabkan ketidakyakinan ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan Tun Mahathir sebagai talian hayat untuk rampas kuasa kembali?

https://www.malaysiakini.com/news/530717

Sebelum ini pun DAP cuba menyakinkan kepada semua jika Tun Mahathir kembali diangkat menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga. DAP akan pastikan ada mekanisme yang tepat untuk memastikan Tun Mahathir berundur pada jangka waktu yang telah ditetapkan. Melihat kepada situasi ini, ia membuktikan bahawa apa sahaja yang berlaku dalam Pakatan Harapan selama ini ditentukan oleh DAP.

Namun, persoalan terbesar kenapa DAP begitu beriya sangat mencaturkan semua permainan ini dari awal lagi? Apakah agenda terbesar yang tersembunyi disebalik semua ini? Apa yang jelas dapat dilihat waktu ini DAP seboleh-bolehnya akan menggunakan segala cara untuk kembali berada di blok kerajaan dan kembali berkuasa termasuk menggunakan Tun Mahathir untuk kembali berkuasa. 

Sofia Ahmad Dani
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.