DAP ‘control’ kerajaan Johor?

single-image

Sejak peletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor dan kemudiannya digantikan dengan Menteri Besar baharu iaitu Dr Sahruddin Jamal, corak kepimpinan Johor dilihat ada banyak perubahan

 Yang paling jelas kelihatan adalah negeri Johor ini seolah-olah dikawal oleh DAP. Senang cerita, DAP ini terang-terang menguasai sepenuhnya negeri Johor. Perkara ini sangat jelas kelihatan dalam beberapa isu yang terjadi di Johor sejak kebelakangan ini.

Pertamanya berkenaan dengan isu Pasir Gudang.

Sehingga ke hari ini boleh dikira dengan jari berapa banyaklah sangat kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor sendiri. Sejak gelombang kedua pencemaran udara di Pasir Gudang ini berlaku banyak kenyataan rasmi  dikeluarkan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dan Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berbanding Menteri Besar Johor.

Mereka seakan-akan ‘selesa’ hanya bekerja berdua sahaja tanpa melibatkan sesiapa. Mungkin mereka ‘selesa’ dek kerana kedua-dua pemimpin itu berasal dari parti yang sama jadi tidak ada masalah untuk mereka bekerjasama. Tetapi yang pasti dalam isu di Pasir Gudang ini, Menteri Besar lebih banyak berdiam diri dan jarang mengulas lanjut soal isu ini.

Kedua soal MP Labis yang biadap.

Semua orang sedia maklum apa yang dilakukan MP Labis, Pang Hok Liong pada bulan Ramadhan tempoh hari sehingga DYMM Sultan Johor murka terhadap tindakannya yang tidak menghormati masjid dan tidak menjaga sensitiviti orang Melayu.

Bukan setakat itu sahaja, MP Labis ini juga dengan beraninya mempertikaikan nombor flat ‘TMJ’ dan ‘RZ’ dalam Dewan Rakyat. Perkara ini sangat memeranjatkan buat julung-julung kalinya soalan ini berani ditanyakan oleh pemimpin DAP dalam Dewan Rakyat. Keadaan ini jelas menunjukkan MP Labis sangat biadap dan seakan-akan mencabar institusi Di Raja Johor.

Namun sayangnya, sehingga ke hari ini Menteri Besar Johor langsung tidak memberikan apa-apa kata putus terhadap pendiriannya mengenai perkara ini. Jauh sekali mahu menegur sikap biadap pemimpin DAP tersebut.

Ketiga, isu Rang Undang-undang umur belia yang dikemukakan oleh Syed Saddiq

Sebelum Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengeluarkan kenyataan menerima baik pindaan umur belia. Menteri Besar Johor terlebih dahulu menyatakan pendiriannya bahawa negeri Johor masih berpendirian bahawa umur belia adalah mereka yang berumur 15 tahun hingga 40 tahun.

Jelas sekali pendirian Menteri Besar Johor cepat goyah apabila ada dari kalangan pemimpin DAP yang masuk campur. Sedangkan apa yang dimaklumkan, ketika keputusan menyokong pindaan umur belia itu berjalan, Menteri Besar, Dr Sahruddin sendiri yang mempengerusikan Mesyuarat Exco itu.

Sudah terang-terang kenyataannya bercanggah dengan keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Exco. Jadi sebenarnya apa peranan Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor?

Akhir sekali, persoalannya siapa yang berkuasa di Johor ini, Menteri Besar Johor atau pemimpin-pemimpin DAP?

Sekian

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress


Jom 'follow' dan 'like' kami:
1 Comment
  1. […] Semalam saya ada menulis satu artikel berkenaan dengan Menteri Besar Johor yang seolah-oleh dikawal oleh pemimpin-peminpin DAP. Artikel yang berkaitan : https://johorpress.com/dap-control-kerajaan-johor/ […]

Leave a Comment

Your email address will not be published.