Dahulu dipecat sekarang buat-buat prihatin nasib pekerja kontrak?

single-image

Merujuk kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong baru-baru ini iaitu cadangannya supaya pekerja kontrak di sekolah dan hospital kerajaan yang terkesan diserap terus ke dalam sistem perkhidmatan awam. Sebelum Liew Chin Tong bersuara mengenai perkara ini, sepatutnya dirinya perlu ingat apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan semasa mereka memerintah dahulu.

Lupa atau pura-pura lupa apa yang sudah jadi? Bukankah pada zaman Pakatan Harapan dahulu mereka sesuka hati telah memberhentikan beribu-ribu pekerja kontrak? Sekarang tiba-tiba muncul seperti hero untuk membela nasib pekerja kontrak?

https://www.malaysiakini.com/news/478233

Dahulu sebelum hendak memberhentikan mereka tidak pula hiraukan tentang nasib pekerja-pekerja ini. Mereka dibiarkan terkapai-kapai begitu sahaja tanpa sedikitpun empati. Tetapi sekarang apabila tidak berada di blok kerajaan lagi, Pakatan Harapan seolah-olah begitu perihatin pula dengan nasib pekerja kontak ini. Dahulu bukan main tidak ambil tahu sekarang buat-buat ambil tahu pula.

Apabila perkara ini terjadi sudah tentu kelihatan pelik dan membingungkan ramai pihak kerana sebelum ini dengan begitu pantas Pakatan Harapan bertindak menamatkan pekerja kontrak. Tetapi sekarang tiba-tiba beri cadangan seperti ini.

Persoalannya, adakah Pakatan Harapan cuba memberi tekanan kepada kerajaan yang sedia ada pada hari ini lebih-lebih lagi dalam keadaan situasi pandemik Covid-19 dan ekonomi negara yang terumbang-ambing sekarang ini?

Mohd Iqmal

Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Leave a Comment

Your email address will not be published.