COVID-19: PKP dilanjutkan hingga 14 April ini – PM

single-image

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini, susulan kes positif COVID-19 masih berlaku, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, perkara itu dimaklumkan secara lebih awal kepada orang ramai bagi memberi ruang kepada rakyat untuk lebih bersedia menempuh tempoh lanjutan selama dua minggu itu.

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya pada perutusan khas, hari ini.

Berita selanjutnya menyusul

Sumber : Berita Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.