Covid-19: Lebih 372,000 kes, 16,000 kematian di seluruh dunia- WHO

single-image

GLOBAL: Jumlah orang yang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 372,000 dan lebih 16,000 nyawa terkorban, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam laporan hariannya mengatakan jumlah kes mencecah 372,757, kebanyakan dicatatkan di Eropah – lebih 195,000 kes.

Jumlah kematian di peringkat global pula sebanyak 16,231 orang, menyaksikan lebih 10,000 kematian di rantau Eropah.

Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika: 1,305 jangkitan dan 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.

Sejak 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya.

Sumber : Bernama

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.