COVID-19: Kluster rumah warga emas Kluang, Johor dikesan

single-image

KUALA LUMPUR – Satu kluster baharu dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor, dikenali sebagai ‘Kluster Rumah Warga Emas Kluang’, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata setakat ini daripada 39 orang disaring melibatkan kluster baharu itu, 14 kes adalah positif COVID-19, 18 negatif manakala tujuh kes masih menunggu keputusan.

“Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warganegara Malaysia dan satu warga Indonesia. Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (penghuni rumah jagaan itu), satu pekerja dan satu ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes pertama kluster itu merupakan kes kematian COVID-19 yang dilaporkan semalam (kes ke-8770), dengan ujian saringan COVID-19 didapati positif.

Beliau berkata siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan langkah pembendungan serta kawalan jangkitan seperti disinfektan di pusat penjagaan tersebut juga dijalankan.

Bagaimanapun, punca jangkitan kluster masih dalam siasatan, katanya.

Sumber : BERNAMA

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.