Covid-19 kini catat 10,031 kes positif – Noor Hisham

single-image

KUALA LUMPUR : Terdapat pertambahan kes positif wabak Covid-19 hari ini dengan jumlah yang dikesan iaitu 62 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, satu kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dan merupakan seorang warganegara Malaysia yang pulang dari India.

Katanya, daripada 61 kes penularan di dalam negara, 41 kes adalah warganegara Malaysia manakala 20 kes adalah bukan warganegara.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,031 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 668 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya menerusi kenyataan perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat sebanyak 26 kes yang telah pulih dari Covid-19 dan dibenar discaj dari hospital hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,235 kes atau 92.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya.

Sehingga kini katanya, terdapat 15 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun tiada pertambahan kes kematian berkaitan wabak itu jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.28 peratus daripada
jumlah keseluruhan kes.

Sumber : MalaysiaGazette

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.