COVID-19: Harga penutup mulut dan hidung bawah RM2

single-image

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menurunkan harga siling penutup mulut dan hidung di bawah RM2, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan banyak rungutan mengenai harga penutup mulut dan hidung yang dikatakan tinggi.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan segera berbincang dengan pihak industri bagi tujuan itu.

β€œHarga topeng RM2 (sekeping) adalah terlalu mahal maka Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berhubung Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersetuju harga perlu diturunkan.

β€œJadi saya jangka dalam waktu terdekat …KPDNHEP perlu segerakan agar kita boleh buat pengumuman dan yang penting mesti di bawah RM2,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sumber : Berita Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.