Covid-19 : 2 sekolah agama di Johor Bahru ditutup

single-image

Johor Bahru: Dua lagi sekolah agama di daerah ini diarah tutup selama tujuh hari susulan kes positif Covid-19 dikesan di kawasan Taman Universiti dan Taman Rinting.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata, dua sekolah agama berkenaan adalah Sekolah Agama Taman Rinting dan Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti.

Menurutya, Sekolah Agama Taman Rinting diarah tutup bermula Rabu lalu sehingga Selasa ini, manakala Sekolah Agama Tafrijiyyah Taman Universiti pula ditutup mulai semalam sehingga Jumaat depan.

“Setakat ini, tiga sekolah agama di daerah Johor Bahru sudah diarah tutup sementara berikutan pengesanan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan termasuk Sekolah Agama As-Syakirin, Masai yang diarah tutup sehingga hari ini.

“Ia membabitkan seramai 3,229 murid, 52 guru agama dan tiga kerani.

“Penutupan sekolah berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19 selepas terdapat kes positif dikesan di kawasan berkenaan, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dilaporkan mengesan kes positif wabak Covid-19 iaitu Kluster Rinting di kawasan Taman Rinting selain kes di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa, Skudai berhampiran Taman Universiti kelmarin.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published.