Cina punca menang, Shafie rayu tauke cina kaya Sabah bantu kerajaan

single-image

“Jangan bimbang mengenai kelulusan. Jika lewat, beritahu saya. Jika mereka (agensi kerajaan) lewat meluluskan pembangunan, datang ke pejabat saya. Saya akan melakukan sesuatu untuk mempercepatkannya.”

Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal secara terbuka merayu kepada ahli perniagaan Sabah khususnya taukeh cina di negara ini untuk melabur di negeri itu, menjanjikan kepada mereka kestabilan ekonomi dan politik.

Shafie, yang juga presiden Warisan itu berkata, beliau mengiktiraf dan menghargai sumbangan orang Cina negeri itu selama ini, tetapi meminta mereka untuk membantu merancakkan ekonomi negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah pada masa sekarang.

“Saya sedar ini adalah masa mencabar, tetapi saya beri jaminan kerajaan akan pastikan kestabilan politik dan ekonomi.

“Kami mahu tauke melabur wang mereka di Sabah, tolong Sabah dan penduduknya.

“Jika ekonomi bagus, tauke tak lagi perlu derma kepada orang susah, dan orang miskin Sabah juga tak perlu lagi bergantung kepada bantuan kerajaan seperti BR1M,” katanya dalam ucapan Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hakka, Kota Kinabalu yang dihadiri lebih 5,000 rakyat.

Shafie turut memberi jaminan bahawa pelaburan tulen tidak akan terjejas dengan kerenah birokrasi.

“Jangan bimbang mengenai kelulusan. Jika lewat, beritahu saya. Jika mereka (agensi kerajaan) lewat meluluskan pembangunan, datang ke pejabat saya. Saya akan melakukan sesuatu untuk mempercepatkannya.”

Turut hadir adalah pemimpin masyarakat Cina, menteri Kabinet Sabah dan konsul jeneral Brunei dan China.

Ahli Parlimen Semporna itu, dalam ucapan sama, turut mendedahkan yang beliau sudah mengarahkan semua menteri Kabinet Sabah untuk membelanjakan sekurang-kurangnya suku peruntukan Belanjawan 2019 bagi memastikan kecairan wujud dalam sistem perkhidmatan awam.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada masyarakat Cina Sabah yang membantu peralihan kerajaan pada pilihan raya umum Mei tahun lalu.

“Kami (Warisan-PH-Upko) sedar yang kami susah nak menang pilihan raya.

“Saya perlu akui yang kami mampu menang kerana ada perubahan besar sokongan masyarakat Cina.

“Tidak mudah untuk kami tumbangkan kerajaan yang mentadbir negara lebih 60 tahun, tetapi semua petunjuk dan isyarat (untuk kami menang) ada.”  

Sumber : sabahkini2.com

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.