Cadangan Maszlee Malik mengenai sarapan percuma tidak adil

single-image

Semalam, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik ada mengumumkan berita baik iaitu bermula Januari 2020, kerajaan akan menyediakan sarapan percuma kepada semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara. Menurut beliau, Inisiatif ini diperkenalkan bagi memastikan murid-murid dapat terus kekal sihat dan cergas bagi menghadapi sesi persekolahan setiap hari.

Pada pandangan saya, inisiatif dikemukakan ini sangat baik bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Malah dalam masa yang sama ia turut memberi manfaat kepada murid-murid terutamanya mereka yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan.

Namun, di sini saya ingin menyentuh sedikit mengenai cadangan Menteri Pendidikan berhubung sarapan percuma kepada ‘semua’ murid sekolah rendah. Dengan kata lain, semua murid yang dimaksudkan di sini adalah murid-murid yang datang daripada keluarga yang terlebih mampu dan keluarga yang tidak berkemampuan.

Apa yang boleh saya katakan cadangan yang diberikan Menteri Pendidikan memang baik untuk murid-murid. Namun cadangan ini dilihat agak tidak berfokus apabila Maszlee Malik melibatkan semua pelajar sekolah rendah termasuk murid yang mempunyai kemampuan lebih dari cukup.

Persoalannya, kenapa tidak inisiatif ini memberi fokus terus kepada murid yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan tidak berkemampuan sahaja?

Jika inisiatif ini memberi fokus kepada golongan yang kurang berkemampuan dan tidak berkemampuan sahaja. Mungkin dalam masa yang sama perbelanjaan yang digunakan untuk golongan yang berkemampuan boleh menampung kos perbelanjaan makanan waktu rehat pula. Tentunya ia akan memberi banyak manfaat kepada murid-murid yang sangat memerlukan.

Misalnya, program yang dijalankan semasa pemerintahan dahulu iaitu Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Di mana program ini mempunyai golongan sasarannya tersendiri dan memang dikhaskan kepada murid-murid yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan dan tidak berkemampuan sahaja.

Jadi, apa yang perlu Menteri Pendidikan lakukan kini adalah membuat kajian yang mendalam mengenai inisiatif ini agar ia tidak berlaku pembaziran jika inisiatif ini benar-benar dilaksanakan.

Sekian,

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.