Bukan DAP tapi Tun Mahathir yang sudah berubah.

single-image

Dalam kenyataan terbaru Tun Mahathir, beliau mengatakan bahawa parti DAP kini sudah banyak berubah berbanding era semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat dahulu. Sedangkan pada tahun 2011 yang lalu, beliau betul-betul mempertahan kenyataannya bahawa ‘DAP adalah parti rasis’.

Sekarang siapa yang berubah? DAP atau Tun Mahathir?

Percayalah, bukan DAP yang berubah tetapi Tun Mahathir yang sudah banyak berubah. Sikapnya terus diragui walaupun dalam kalangan ‘geng’ sendiri pun masih ada keraguan sehingga sukar capai kata sepakat sehingga ke hari ini.

DAP tidak pernah berubah Tun Mahathir. DAP masih parti yang sama seperti yang dikatakan Tun Matahir 22 tahun dahulu iaitu parti rasis. DAP tetap parti rasis tetapi kini sangat dahagakan sokongan Melayu untuk kembali berkuasa. Selama mereka menjadi kerajaan adakah perkara yang menyenangkan yang dilakukan mereka terhadap orang-orang Melayu? Tiada langsung.

Sepanjang pemerintahan mereka terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang boleh disifatkan sebagai biadap. Malah kenyataan mereka juga telah banyak mengguris perasaan orang-orang Melayu di negara ini. Lihatlah kes-kes yang terpalit dengan DAP sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan ini.

Pemimpin DAP membantah pelaksanaan seni khat dan tulisan jawi : https://www.malaysiakini.com/news/486158


DAP tidak setuju pengharaman komik propaganda : https://malaysiadateline.com/kit-siang-tidak-bersetuju-kdn-haramkan-komik-propaganda/


Isu berkenaan ICERD : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/08/jangan-takut-ratifikasi-icerd-dap-beritahu-ppbm-umno/


Isu perkahwinan bawah umur : https://www.malaysiakini.com/news/530818

Jadi tidak perlu Tun Mahathir begitu gigih menyakinkan rakyat Malaysia bahawa DAP sudah berubah. DAP tidak pernah berubah dan tidak akan berubah sampai bila-bila.

Mohd Iqmal
Aktivis Muda Johor

Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress.

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.