Budak PPBM menyamar di sebalik page UMNO, lagakan pemimpin UMNO?

single-image

Akhir-akhir ini kita sedia maklum bahawa rakyat mulai menyokong kembali UMNO selaku tonggak utama Barisan Nasional. Disebabkan sokongan rakyat semakin utuh dan kuat buat UMNO ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan cara melaga-lagakan pemimpin UMNO di media sosial.

Terbaru, kecoh mengenai sebuah Facebook Page yang bernama ‘Sahabat UMNO Johor’ bertindak memburuk-burukkan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Yang menjadi masalahnya sekarang adalah page berkenaan menggunakan gambar Datuk Ir Hasni Mohammad yang mana beliau sekarang telah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang baru menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sedangkan pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ) sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudan Facebook Page. Malah disebabkan perkara ini ada yang menuduh antara satu sama lain sehingga menimbulkan salah faham.

Walau bagaimanapun, semalam pihak BPUNJ bertindak pantas dengan mengeluarkan kenyataan bahawa pihak BPUNJ sama sekali tidak mengawal selia Facebook Page Sahabat UMNO Johor. Malah mereka menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh page berkenaan bukanlah mewakili pandangan rasmi BPUNJ.

Perkara ini sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak BPUNJ tiada sebarang kaitan dengan segala ‘post’ di page tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan ia sebagai salah satu langkah atau usaha provokasi untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO Johor. Sekali gus dilihat sebagai satu senjata untuk menanam sentimen buruk rakyat terhadap barisan pemimpin UMNO.

Jadi nasihat kepada pemilik akaun Facebook Page Sahabat UMNO Johor, jika benar-benar berani jangan menyorok di sebalik Page UMNO. Tindakan menggunakan identiti UMNO sebagai medium mengecam dan mengkritik ia seolah-olah tindakan yang pengecut dan bacul.

Malah terdapat beberapa sumber yang boleh dipercayai bahawa pemilik page tersebut merupakan bekas ahli UMNO yang kini telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Jadi ada baiknya individu tersebut wujudkan satu identiti baru yang lebih segar bukannya menggunakan identiti UMNO, misalnya Page BERSATU mungkin?

Ada juga terdapat khabar angin yang mengatakan individu di sebalik page berkenaan pernah bertanding jawatang tertinggi di UMNO Pasir Gudang tetapi sayang individu berkenaan tewas.

Jadi persoalaannya, adakah kerana kecewa ditolak oleh perwakilan individu berkenaan bertindak keluar parti dan cuba untuk merosakkan UMNO Johor dengan cara yang tidak bermaruah seperti ini?

Dhia Hani merupakan Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi JohorPress

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.