Budak dua tahun kes positif COVID-19 termuda

single-image

KOTA BHARU: Ujian berat buat kanak-kanak berusia dua tahun apabila bukan sahaja menghidap kanser darah, sebaliknya menjadi mangsa termuda positif COVID-19 di Kelantan.

Kanak-kanak itu yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu positif COVID-19.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) menerusi Facebook, semalam.

Menerusi Facebook berkenaan, PESONA memohon orang ramai mendoakan kanak-kanak itu berusia dua tahun empat bulan yang disahkan positif COVID-19.

Kisah kanak-kanak berkenaan tular di Facebook sejak kelmarin dan mengundang simpati masyarakat.

Sementara itu, sumber Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak berkenaan positif COVID-19.

β€œMangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu. Kanak-kanak itu dijangkiti COVID-19 melalui keluarga,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Jom 'follow' dan 'like' kami:

Leave a Comment

Your email address will not be published.